Uncategorized

Video: “Kalau berlaanggar boleh bayar ke!…”

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan pergaduhan antara dua pemandu kereta mewah di jalan sehala di Seng Poh Road, Tiong Bahru, Singapura.

Dipercayai empunya Rolls Royce mendakwa keretanya tidak muat melalui jalan ‘kecil’ tersebut, dia bertindak mengamuk dan memarahi empunya kereta BMW untuk mengalihkan kereta dengan segera.

BMW tak parking ikut petak, tapi netizen cakap masih banyak ruang

Difahamkan, BMW tersebut tidak memarkir kenderaannya mengikut petak parkir yang disediakan hingga menimbulkan kekecohan dan kesesakan lalu lintas gara-gara empunya Rolls Royce yang tidak mahu melalui kawasan tersebut.

Bimbang kereta mewahnya tercalar dan mungkin rosak, dia mengarahkan pemilik BMW mengalihkan kereta dan berlakunya pertelingkahan sesama mereka.

“Kalau berlanggar boleh bayar ke!…”

Semasa situasi tegang tersebut, seorang wanita dilihat cuba meredakan keadaan namun tidak diendahkan dan empunya Rolls Roys masih bengang dan bertegas tidak mahu melalui jalan sempit berkenaan.

“Anda pasti boleh lepas? Kalau berlanggar, awak nak bayar ke?

Tindakan pemandu kereta mewah itu menyebabkan terdapat beberapa buah kenderaan lain terpaksa beratur panjang di belakangnya sementara ‘menunggu’ isu itu segera diselesaikan.

 

Reaksi netizen, ramai tak setuju dengan cara empunya Rolls Royce

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dari Malaysia dan Singapura mengecam tindakan empunya Rolls Royce yang disifatkan ‘kecoh’ kerana ruang masih banyak namun tetap tidak mahu mengalah dan beransur pergi.

Mereka juga menyifatkan lelaki tersebut bersikap tidak profesional dan tidak matang dalam menyelesaikan masalah.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : jatimedia
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.