Viral

Penguasa Kanan SPRM Seleweng Duit 25 Juta, Rupanya Ini 7 Barangan Mewah Sempat DiBeli

Seorang penguasa kanan SPRM hari ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyelewengan barang bukti melibatkan wang tunai AS$6.94 juta (RM25 juta) yang dikaitkan dengan satu kes rasuah besar.

Shahrum Nizam Baharuddin mengaku bersalah ketika pertuduhan pilihan dibacakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pertengahan bulan Feb tahun ini.

Sehubungan dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan dua sebatan ke atas tertuduh.

Pada 4 Januari lalu, tertuduh yang berusia 40 tahun memohon untuk dibicarakan atas pertuduhan yang lebih berat (di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan) berkaitan penyelewengan bukti yang dikaitkan dengan kes membabitkan bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid.

Berikutan Shahrum hari ini mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang lebih ringan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, dia kini hanya berdepan kemungkinan hukuman maksimum penjara lima tahun, sebat dan denda.

Untuk rekod, pertuduhan di bawah Seksyen 409 pula membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda dan sebatan.

Hasanah pada 2018 didakwa atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang RM50.4 juta milik kerajaan.

Berikutan itu SPRM merampas wang tunai dan barangan lain daripada wanita itu bagi membantu siasatan. Pada April tahun lalu, bagaimanapun, dia telah dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah.
Susulan itu, Hasanah menuntut semula wang tunai yang dirampas oleh SPRM sebelum mendapati wang sebanyak RM25 juta telah lesap.

Semasa prosiding di hadapan hakim Suzana Hussin pagi ini, Shahrom mengesahkan fakta kes yang dibacakan oleh timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib.

Beli pelbagai jenis barangan mewah

Mengikut fakta kes yang dibacakan di mahkamah, Shahrum dituduh melakukan kesalahan itu antara 17 Dis 2018 dan 9 April 2019.

Pada 17 Dis 2018, dia didakwa meminta pegawai SPRM menyerahkan sebahagian bukti berupa wang tunai iaitu sebanyak AS$800 ribu kepada tertuduh.

Dalam beberapa siri transaksi sehingga 9 April 2019, Shahrum berjaya menukar jumlah wang yang diselewengkan kepada Ringgit Malaysia melalui bantuan saksi lain.

Bagaimanapun, kegiatan itu mula terbongkar pada 21 Ogos tahun lepas, apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan supaya ekshibit wang tunai AS$6.94 juta itu dikembalikan kepada Hasanah apabila wanita itu dibebas tanpa dilepaskan pada awal April tahun itu.

Apabila pegawai penyiasat meminta Shahrum beberapa kali untuk memulangkan ekshibit wang tunai itu, tertuduh gagal setiap kali menyerahkan wang berkenaan.

Pada 10 Sept tahun lepas, Shahrum mengarahkan pegawai SPRM menyerahkan apa yang dikatakan sebagai bukti wang tunai berkenaan kepada pegawai SPRM lain untuk diserahkan semula kepada Hasanah.

Bagaimanapun, pegawai SPRM yang lain mula curiga apabila bukti yang dikatakan wang tunai itu ternyata adalah mata wang palsu.

Susulan siasatan yang dijalankan, Shahrum ditahan pada 13 Sept tahun lepas.

SPRM mendapati tertuduh telah menggunakan wang tersebut untuk membeli pelbagai jenis barangan seperti:

  1. Sebuah rumah dua setengah tingkat di Taman Suria Warisan, Kota Warisan, Sepang, Selangor, yang bernilai RM750,000;
  2. Lapan jam tangan mewah bernilai RM397,580;
  3. Dua motosikal jenama Ducati bernilai lebih RM600,000;
  4. Sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Raptor 2.0 bernilai RM219,000;
  5. Dua bidang tanah di Jerantut, Pahang, bernilai RM483,220;
  6. Sebuah kenderaan Honda Civic Type R 2.4L Turbo bernilai RM290,030;
  7. Mercedez Benz A250 Sport bernilai RM130,000.

Ketika merayu hukuman diringankan, peguam Shahrum Ahmad Hafiz A Bakar berkata anak guamnya telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang telah menjimatkan masa mahkamah.

Peguam itu berkata, tertuduh yang berkhidmat dengan SPRM sejak 2005, pernah mendapat anugerah kakitangan terbaik sebanyak empat kali.

“Hari ini merupakan kesalahan pertamanya dan dia tidak pernah disabitkan sebelum ini.

“Kesalahan itu telah membawa titik hitam bukan sahaja dalam hidupnya tetapi keluarganya.

“Tertuduh berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan memohon maaf (atas kesalahan),” kata Hafiz.

Bagaimanapun, Akram meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kerana tertuduh melakukan kesalahan serius.

“Kesalahan ini dilakukan oleh penjawat awam yang diamanahkan dengan kewajipan (untuk menjaga bukti wang tunai), tetapi dia mengambil kesempatan itu untuk kepentingan peribadi. Kes ini melibatkan AS$6.94 juta.

“Imej SPRM sebagai sebuah organisasi serta mereka yang berada di dalamnya telah tercalar (oleh kesalahan Shahrum),” kata Akram.

Suzana kemudian mensabitkan Sharum bersalah di bawah Seksyen 403.

Hakim berkenaan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun (bermula dari tarikh tangkap) dan dua kali sebatan.

“Mahkamah berharap hukuman ini boleh menjadi pengajaran kepada kamu untuk tidak melakukan kesalahan selanjutnya pada masa hadapan,” kata Suzana sambil diperhatikan Shahrum dari kandang tertuduh.

Hakim juga mengarahkan barang rampasan – termasuk kenderaan, jam tangan, tanah serta wang tunai – dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia.

Sumber : Malaysia Kini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.