Viral

(VIDEO) Kak Long Nangis Teruk Periuk Nasi Dib0ikot, Janji Takkan Marah2 Dlm Live Lagi.

Bukan sahaja banyak ‘siri’ kontroversi yang berkait dengan dirinya sejak bulan lepas, malah kini pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap Wan Noor Baizura atau lebih popular dengan gelaran Kak Long Dungun.

Terbaru, dia tampil menerusi sesi Live TikTok semalam demi memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan.

Pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi meniaga…nak sara anak, mak & suami yang tak sihat, tolonglah faham

video di bawah

Menurut wakil jurucakapnya, antara kesan buruk viral tempoh hari adalah periuk nasinya di pasar malam telah ‘diboikot’ serta dimarah orang. Sambil mengesatkan air mata, Kak Long menjelaskan bahawa itulah sumber pendapatan utama demi menyara keluarganya selama bertahun-tahun.

Dia bahkan sangat tertekan, sehingga pernah terfikir untuk lakukan tindakan drastik yang boleh mengancam dirinya. Mengakui kesilapan di kedai serbaneka itu berpunca daripada khilafnya sendiri, namun dia terkilan timbul isu baru apabila beberapa video lama didakwa sengaja dipotong dan ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

video pendek, video full di bawah

Walaupun salah atau betul lepas ni…saya janji tidak akan berkata buruk & marah orang dalam live lagi

Justeru itu, dengan penuh kekesalan Kak Long berjanji tidak akan melemparkan kata-kata bernada buruk atau memarahi orang lain dalam siaran live media sosial lagi sekalipun pihaknya sendiri yang betul. Malahan, dia juga berazam untuk menjadi ibu sekali gus menjaga anak-anak dengan lebih baik lagi di masa akan datang.

Rasanya lebih baik diam, bagi semua reda…Kak Long menangis macam mana pun netizen dah tak percaya

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun belum dapat memaafkan sepenuhnya usahawan wanita berkenaan susulan banyak kontroversi telah terkait dengan dirinya sebelum ini. Sebaliknya, mereka menasihatinya agar ambil iktibar daripada kejadian ini dan senyap daripada media sosial dahulu untuk sementara waktu.

Kak Long Nangis Periuk Nasi Diboikot, Janji Takkan Marah Orang Dalam Live Lagi

Kak Long Nangis Periuk Nasi Diboikot, Janji Takkan Marah Orang Dalam Live Lagi

Kak Long Nangis Periuk Nasi Diboikot, Janji Takkan Marah Orang Dalam Live Lagi

Kak Long Nangis Periuk Nasi Diboikot, Janji Takkan Marah Orang Dalam Live Lagi

 

video full

Kredit : TikTok sagittarius_women & sampin_eklusif_trengganu, viralnewsupdates.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *