karen
Viral

Wanita Tak Pakai ‘Mask’ Mengamok Nak Masuk Mall, Ini Yg Terjadi Lepas Pengawal Datang.

Terdahulu, tular video di rata-rata media sosial memaparkan seorang wanita warganegara asing dikenali sebahai Karen yang enggan mengenakan pelitup muka dilihat mengamuk kerana tidak dibenarkan memasuki sebuah premis.

Baru-baru ini, berlaku lagi kejadian yang hampir sama apabila tular satu video di laman TikTok memaparkan seorang wanita yang tidak memakai pelitup muka mengamuk kerana dihalang memasuki sebuah pusat membeli belah.

karen

Menerusi video tersebut, wanita itu mempersoalkan tindakan polis bantuan yang menjaga pintu masuk tersebut sehingga mencetuskan kekecohan.

Sehingga kini, video perkongsian oleh pengguna dikenali sebagai Ril Qeem itu telah mendapat 583.5K tontonan, 17.7K tanda suka, 2.5K komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai respon, ada yang menyamakan wanita itu dengan ‘Karen’ dan ada juga yang mengecam tindakan wanita itu yang tidak mematuhi Standard Operating Procedure (SOP).

Video :

 

Kawan akak karen ke ni?! pakai mask pon susah ke? – Netizen.

“Dia salah tarikh tu. Belum lagi 1st April untuk endemic. Dia paling awal rasmi bukak mask dah,” tulis seorang pengguna TikTok.

Tular Individu Bernama “Karen” Enggan Pakai Pelitup Muka Di KLCC, KJ Bagi Respon Ringkas Tapi Padat

Tular Individu Bernama “Karen” Enggan Pakai Pelitup Muka Di KLCC, KJ Bagi Respon Ringkas Tapi Padat

Hal itu selepas wanita itu dipercayai enggan mengenakan pelitup muka sebelum dihalang oleh pekerja di sebuah butik Dior di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) dan ia telah mengundang kemarahan netizen selepas dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.

Menyedari dirinya ‘dipanggil’ netizen, Khairy Jamaluddin turut tampil memberikan respon balas terhadap kejadian itu dan beliau menegaskan agar orang ramai khususnya pelancong asing supaya mengenakan pelitup muka ketika berada di setiap lokasi awam di Malaysia.

Bila berada di Rome, ikut cara Roman, bila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain.

Twitter respon KJ mat salleh mengamuk taknak pakai mask

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi laman Twitternya baru-baru ini dengan meminta setiap individu untuk memakai mask tanpa mengira perbezaan peraturan di tempat lain.

Menerusi ciapannya itu juga, Khairy turut berkata pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pusat beli-belah di KLCC berhubung kejadian itu. Pastinya, tindakan wanita tersebut pastinya mengundang kritikan dari warganet.

karen klcc sop

Untuk makluman, individu yang digelar “Karen” telah trending di Twitter akibat bedilan dan kritikan bertubi-tubi dari netizen.

Sumber : Redaksi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.