Uncategorized

Video “Dah Tak Muat Kenapa Paksa Jugak” Cvcuk Sampai Berd4rah Netizen Sebak Dengar Kanak2 Meraung.

Bagi ibu bapa yang dikurniakan anak perempuan, pastinya sedari usia kanak-kanak lagi mereka sudah dipakaikan perhiasan demi mencantikkan permata hati kesayangan.

Walau bagaimanapun, acap kali kita dengar pastinya ada masalah yang timbul dek kerana keterujaan ibu bapa demi kecantikan anak mereka.

“Beli subang saiz besar, sampai berdarah telinga anaknya…”
Namun begitu, tular baru-baru ini satu video menunjukkan tangisan seorang kanak-kanak perempuan yang menahan kesakitan akibat terpaksa mencucuk lubang telinganya dengan subang.

 

Menerusi perkongsian @nirwanaabdmunir, dia menjelaskan subang tersebut terlampau besar untuk dimasukkan ke lubang telinga anaknya yang kecil hingga berdarah akibat paksaan yang dilakukan…

“Dah tak muat kenapa dipaksa jugak…”  Netizen

Perkongsian wanita ini yang dipercayai merupakan ibu kanak-kanak tersebut mendedahkan perbuatan tersebut adalah kehendak suaminya yang tetap memaksa subang tersebut untuk masuk ke telinga anaknya.

 

“Kalau saya biar tak pakaikan, sampai berdarah…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen simpati dan sebak mendengar tangisan meraung kanak-kanak tersebut yang pastinya menanggung kesakitan yang amat sangat.

 

 

Dalam pada itu, ramai juga yang menasihatkan agar jangan sekali-kali menyakiti anak-anak dengan perhiasan yang boleh membawa bahaya buat mereka.

“Tak sampai hati tengok, apa lah mak nya pon…”

“Dah tak muat kenapa dipaksa jugak.”

“Kenapa sampai macamni sekali. Kesian kat anak…”

“Adik tak pakai apa pon dah cantik dik. Terseksa pakai subang besar macamtu…”

SUMBER: Tiktok – nirwanaabdmunir, redaksi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.