Viral

Guna B0moh Halau Hujan Sebelum Perlumba4n, Litar MotoGP Mandalika Dis4mbar Kilat

Semalam, tular di media sosial mengenai kisah pembukaan sukan permotoran di penganjuran Grand Prix Indonesia di Litar Jalanan Antarabangsa Pertamina Mandalika setelah penganjur dikatakan menjemput pawang atau bomoh hujan untuk membantu memulihkan cuaca agar perlumbaan dapat dijalankan selepas mengalami hujan yang lebat di kawasan tersebut.
Menurut sumber, bomoh hujan yang dikenali sebagai Rara Wulandari dikatakan seorang bomoh hujan yang dicadangkan oleh Erick Thohir yang merupakan Menteri Badan Usaha Milik Negara kerana seringkali terlibat secara langsung pada setiap acara yang dihadiri oleh Presiden Indonesia, Jokowi Widodo.

Disambar kilat

Namun, sebaik sahaja ritual yang kononnya hendak mengelak cuaca bermula, permukaan jalan litar MotoGP Mandalika telah disambar kilat.

Menerusi video yang dimuatnaik, panahan kilat dilihat berlaku di litar tersebut sehingga mengejutkan orang ramai dan pelumba.

Bunyi dentuman yang kuat dapat kedengaran setelah kilat ‘menyambar’ litar itu di dalam video yang tular itu.

 

Padah melawan kuasa Tuhan

Ritual yang melibatkan persembahan yang dikelilingi oleh parit air, ketulan ais dan abu kayu itu sememangnya adalah perbuatan syirik dan menyekutukan Allah itu telah mengundang perasaan marah netizen.

Kalau betul2 hebat takkan hujan

Tidak kurang juga ada warganet yang berpendapat sekiranya bomoh itu benar-benar hebat, hujan tidak akan turun pada hari kejadian dan begitu juga dengan kilat.

Mengerikan

Selain itu, terdapat juga warganet melahirkan perasaan takut dan seram sebaik sahaja menonton video terbabit.

Menurut laporan, perlumbaan yang sepatutnya berlangsung pada jam 3 petang kelmarin itu terpaksa ditangguhkan.

Sumber : Twitter @MotoGP

 

Penganjur MotoGP Indonesia Habiskan RM30,000 Untuk Bayar Khidmat Bomoh ‘Tolak Hujan’

‘Bomoh hujan’ atau lebih dikenali sebagai Raden Rara Istiani Wulandari yang bertugas ‘mengawal cuaca’ pada acara MotoGP Mandalika telah menjadi sebutan masyarakat di seluruh dunia selepas beliau membuat penampilan pertama di acara MotoGP Mandalika yang berlangsung di Lombok, Indonesia.

Semalam ketika cuaca buruk melambatkan permulaan MotoGP Mandalika, pihak penganjur terpaksa memanggil Raden Rara bagi memberhentikan hujan di litar Mandalika. Difahamkan bahawa hujan renyai mula turun pada penghujung perlumbaan Moto2 dan semakin lebat menjelang permulaan GP Indonesia.

Pengarah perlumbaan memutuskan untuk menangguhkan permulaan GP Indonesia dan Kereta Keselamatan mengelilingi litar untuk memeriksa keadaan trek dalam hujan lebat. Lorong pit pada asalnya akan dibuka semula pada 15:55 tetapi jawatankuasa itu sekali lagi menangguhkan permulaan untuk masa yang tidak ditentukan.

Menurut laporan Trans7 yang menyiarkan acara secara langsung, kelihatan Raden Rara berjalan di sekitar litar sambil membawa mangkuk dan kelihatan membaca beberapa mantera.

Memetik laporan Kompas, difahamkan bahawa Raden Rara telah dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak penganjur. Dia yang ditemubual di sekitar kawasan Litar Antarabangsa Mandalika tidak teragak-agak untuk berkongsi bayaran yang diperoleh oleh beliau sepanjang acara MotoGP berlangsung di Indonesia.

Bomoh yang mesra dipanggil Rara itu berkata bahawa dia dibayar sebanyak Rp 5 juta (RM1,500) sehari. Rara Istiani yang sudah bekerja selama 21 hari untuk acara perlumbaan motosikal dunia memperoleh sebanyak Rp 105 juta (RM30,000) sepanjang acara perlumbaan dunia itu berlangsung. Dia berkata bayaran ini setimpal kerana dia diminta untuk bekerja tidak kira siang mahupun malam.

Mengenai tugasnya mengawal hujan, Rara menjelaskan bahawa beliau bukan sahaja ditugaskan untuk mengendali hujan semata-mata. Tetapi dia juga bertanggungjawab membawa hujan ke arah yang lain dan memastikan suhu di sekitar litar tidak begitu tinggi.

“Oleh kerana ia adalah program, litar tidak boleh terlalu panas. Supaya suhu (litar) tidak sampai mengelupas, kita perlu mengekalkannya di bawah 50 darjah Celsius. Bila pagi diminta cerah, renyai-renyai sedikit sahaja,” jelasnya.

Raden Rara berasal dari Yogyakarta, beliau datang ke Mandalika setelah dilantik oleh Pusat Pembangunan Pelancongan Indonesia dan Persatuan Grand Prix Mandalika (MGPA) untuk mengurus ‘cuaca’ sepanjang acara perlumbaan dunia ini berlangsung.

“Kemampuan saya adalah kehendak Tuhan Yang Maha Esa,” jelasnya. Mengenai kebolehannya mengawal hujan, beliau berkata ia adalah ilmu yang dituntut sejak dahulu. “Sejak zaman dahulu lagi, Indonesia terkenal dengan banyak kuasa ghaib termasuk mengawal hujan,” dakwanya.

Sumber:thevocket

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.