Viral

Bangga Izin Anak Perempuan Bawah Umur Hisap R0k0k, Kak KM Bakal Terduduk Dengan Akta Kanak-Kanak 2001.

TINDAKAN usahawan jamu Kak KM membenarkan anak perempuannya menghisap rokok tanpa disedari menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan kepada amalan tidak bermoral.

Akui tidak mengetahui tentang hal berkenaan,Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli bagaimanapun berkata apa yang berlaku itu di bawah kawalannya dan tidak membahayakan kesihatan kanak-kanak itu.

“Seperti yang saya katakan anak saya hisap rokok tanpa tembakau dan ia berlaku di bawah kawalan saya serta di depan mata sendiri.

“Ia hanyalah momen untuk kami imbau kembali aktiviti yang pernah saya buat bersama arwah datuk ketika saya kecil. Saya juga hisap rokok daun tanpa tembakau.

Screen Shot 2022-03-21 at 12.31.45 PM

“Jika ada yang kurang senang, saya minta maaf. Tiada niat untuk cipta kontroversi seperti ini,” jelasnya kepada mStar.

 

“Jika ada yang kurang senang, saya minta maaf. Tiada niat untuk cipta kontroversi seperti ini,” jelasnya kepada mStar.

Sebelum ini tular sebuah video memperlihatkan sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya berusia 12 tahun menghisap rokok daun dimuat naik usahawan kontroversi itu di Instagram.

Video berkenaan menerima kecaman netizen yang menganggap Kak KM gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Jika ada yang kurang senang, saya minta maaf. Tiada niat untuk cipta kontroversi seperti ini
KAK KM
USAHAWAN JAMU

Bercakap lanjut, Kak KM berkata, dia masih tahu bersikap rasional untuk tidak memberi sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan anak.

“Saya bukannya bodoh nak beri anak hisap rokok ada tembakau.

 

“Dalam video tersebut anak saya hanya hisap rokok daun tanpa tembakau dan tiada barang yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya.

Untuk rekod, tindakan sebegitu boleh didakwa di bawah Kanak-Kanak 2001 kerana mendedahkan anaknya kepada amalan tidak bermoral.

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : Mstar

 

[Video] Biarkan Anak-Anak “Mer0kok”, Kak KM Und4ng Kec4man Ramai Sekali Lagi

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri sentiasa mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar atau video menerusi laman sosial instagramnya.

Pengusaha jamu itu sentiasa dilanda kontr0versi dan dihujani kec4man dari netizen atas tindakan-tindakannya.

Terbaru, Kak KM semalam ada memuat naik beberapa video menerusi Insta story di laman instagramnya yang mana sekali lagi mengund4ng kec4man ramai.

 

Dimana rakaman yang menunjukkan anak- anaknya yang sedang merokok dan menggulung daun rokok.

Tidak dimarahi malah dibiarkan sahaja anak-anak mereka menyedut daun rokok terbabit dan beraksi seperti menghisap rokok sebenar. Walau hanya sekadar daun rokok, tetapi tindakan itu dianggap tidak wajar kerana umum mengetahui merokok membahayakan kesihatan.

Jika diusia muda sebegitu sudah diajar sebegitu rupa, apa yang akan berlaku sekiranya mereka meningkat lebih dewasa kelak.

Apa – apa pun mungkin ibu bapa sendiri lebih mengetahui cara mendidik anak mereka dengan cara tersendiri.

Sumber: instagram Kak KM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *