Uncategorized

Zul Ariffin Pernah Jumpa Ebit Liew Untuk Mendalami Ilmu Agama “Sejuk Hati Tengok..”

Umum mengetahui sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Zul Ariffin memuat naik sedutan babak panas dalam drama Perempuan Itu.

 

Bagaimanapun, video tersebut telah pun dipadam dan pelakon itu ada memuat naik satu video pagi tadi memaparkan dirinya bertepuk tangan dengan kapsyen kembali bekerja.

 

Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen seolah masih belum berpuas hati dan meninggalkan komen kecaman pada perkongsian tersebut.

Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen seolah masih belum berpuas hati dan meninggalkan komen kecaman pada perkongsian tersebut.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

 

Terdahulu, Zul dikecam teruk oleh netizen selepas memuat naik sedutan babak panas dalam drama berkenaan memperlihatkan pelakon berbadan sasa itu sedang mendukung pelakon Siti Hariesa dari depan.

Malah, terdapat babak agak mengghairahkan dimana Hariesa menyuap ‘whipped cream’ ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.

Pernah Jumpa Ebit Lew

Sebelum ini, Zul Ariffin mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto bersama pendakwah sensasi, Ustaz Ebit Lew.

Foto tersebut memaparkan pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin, 35, bertemu dengan Ebit namun tidak dikongsi pengisian perjumpaan mereka.

 

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

 

Alhamdulillah, semalam sangat hebat (menggunakan emoji cahaya bom),” tulis pelakon filem Tombiruo itu ringkas.

Meninjau ke ruangan komen, majoriti peminatnya teruja melihat dua figura tersebut bertemu.

 

“Alhamdulillah, sejuk mata melihat Zul bersama Ebit,” komen seorang peminatnya.

“Dua hero Malaya,” puji seorang lagi pengikut Instagramnya.

“Ceria muka Zul jumpa Ebit. Mungkin belajar agama dengan Ustaz,” tulis seorang lagi peminatnya.

Hasi tinjauan Kosmo! Online, kebanyakkan akaun yang diikuti Zul kini ke arah

ketuhanan dan mengenai dakwah Islam.

Semalam, Kosmo! melaporkan Zul sebak sehingga menumpahkan air mata jantannya ketiakn kesihatan mentalnya yang tidak stabil ketika ini dalam satu siaran langsung Instagram kelmarin.

“Saya tahu (masalah) ini sukar tetapi perlu diteruskan juga hidup ini. Insya-Allah pada akhirnya destinasi kita semua satu sahaja (akhirat).

“Kita perlu melakukan yang terbaik ketika ini dan perbaiki semua perkara yang tidak bagus setiap hari,” kata bintang filem J2: J Retribusi itu.

Pelakon bertubuh kekar itu turut menitipkan nasihat buat peminat agar jangan pernah berhenti berdoa memohon pertolongan dan dikuatkan iman oleh Yang Maha Esa.

“Jangan cakap kita hanya mampu berdoa. Sebenarnya doa itu salah satu cara yang paling terbaik, kuasa doa sangat hebat,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Zul memberitahu dia berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak masalah dalam media sosial terutama masalah peribadi.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Saya bukan jenis yang suka menagih perhatian disebabkan hal-hal sebegitu. Kadang-kadang dedah banyak perkara juga ada keburukan dan kebaikan.

Saya tak mahu menjadi pembekal cerita-cerita sebegitu kepada umum,” katanya. – K! ONLINE

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.