Viral

“Rezeki Dia Mencurah-curah” – Ibu Doakan Kaklong 7e Dapat Harumkan Nama Negara

Saban hari, semakin kerap nama Wan Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E lebih-lebih lagi apabila diundang ke stesen TV Al Hijrah.
Wanita asal Terengganu berusia 34 tahun itu mengakui sedar dirinya, pihak produksi serta Pencetus Ummah (PU) Amin selaku pengacara rancangan dihujani kecaman.

 

Kredit foto: Twitter
“Saya terharu bila dijemput. Sebelum ini, saya dah rasa kecewa dengan kecaman berterusan, saya fikir rezeki saya akan tersekat. Tapi, Allah uji saya macam ni pun, rezeki tak putus. 
“Sudah-sudah kecam saya, TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya nak hidup bebas. Kes dengan 7Eleven pun dah berakhir. “Tak lama lagi dah nak puasa. Saya tak nak baca kecaman bila dah dekat nak puasa. Saya nak jalani hidup normal. Saya kena berniaga dan teruskan hidup dengan suami serta anak-anak. Kesian anak-anak saya,”ujar Kak Long.

 

Kredit foto: TikTok 

Akuinya, dia sudah penat dicemuh. Namun, sempat juga Kak Long berseloroh mengatakan risau suatu hari nanti mereka yang tidak putus mengecamnya jadi sayang pula kepadanya. 

Sementara itu, ibunya yang dikenali sebagai Kamsah Haizam, 54, turut menyeru agar orang ramai berhenti mengecam anaknya memandangkan kekecohan tercetus sebelum ini sudah lama selesai. 

“Nak kata sedih, makcik tak sedih. Tapi Kak Long ni dia jenis tak pandai simpan benda-benda yang berlaku. Kalau ada masalah, dia akan terus selesaikan. Bila simpan, dia akan sakit kepala, sebab itu dia luah.


“Makcik faham perasaan dia. Dia ibu, makcik pun ibu. Makcik sendiri pun dapat banyak mesej lepas video Kak Long viral. Hal dah selesai, kenapa nak kecam?
 

“Masing-masing ada keluarga. Begitu juga Kak Long. Kesian, banyak benda dia nak kena uruskan. Tak apalah, makcik nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang memahami. Yang kecam tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Rezeki Kak Long mencurah-curah,” ujarnya.  

Kredit foto: mStar 

Dia juga beranggapan tidak salah untuk anaknya itu muncul dalam mana-mana rancangan TV. 

“Masuk TV pun orang kecam lagi. Mestilah pihak mereka dah selidik dulu sebelum panggil Kak Long. Itu rezeki dia. Kak Long pun nak betulkan keadaan, dia pun ada masa depan.

“Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti,”
ujarnya mengakhiri bicara. 
Mungkin orang ramai akan berhenti mengecam bila Kak Long dah harumkan nama negara suatu hari nanti. Mungkin ke? 
Sumber : b.cari.com.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.