Viral

Tanah Runtuh : Pegawai APM Ingkar Arahan Komander Operasi Bencana, Polis Buka Kertas Siasatan Berhubung Video Tular

AMPANG – Polis membuka kertas siasatan berkaitan video tular memaparkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya sedang memberikan arahan ketika tragedi tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di Ampang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, antara isi kandungan dalam video berkenaan menunjukkan salah seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ingkar arahan yang diberikan oleh Komander Operasi Bencana.

Menurutnya, pegawai APM ini telah masuk ke lokasi bencana tanpa kebenaran, kawasan ini merupakan kawasan larangan di mana akan menjejaskan keselamatan pasukan carian dan akan mengganggu usaha operasi menyelamat.

“Arahan juga telah dikeluarkan oleh Komander Operasi Bencana supaya pasukan APM tidak dibenarkan memasuki tempat tersebut setelah penilaian situasi dibuat dari segala sudut aspek keselamatan dan ruang yang terlalu sempit serta terhad.

“Dalam situasi ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah berada di dalam kawasan kejadian dalam usaha mencari dan menyelamat berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohamad Farouk berkata, penyebaran video ini sekaligus menjejaskan reputasi polis terutama Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya serta boleh disalah tafsir oleh orang ramai.

“Berdasarkan video dan situasi berkenaan, IPD Ampang telah membuka satu kertas siasatan dan diklasifikasikan kepada tiga seksyen.
“Ia melibatkan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan kenyataan yang mendatangkan khianat awam, Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang kandungan dan menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial tanpa membuat verifikasi terlebih dahulu.

“Tindakan menyebarkan kandungan tanpa semakan terlebih dahulu akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan. “Ia juga merupakan suatu kesalahan di bawah Sek 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM50,000 atau setahun penjara atau kedua dua sekali,” katanya.

Pada Khamis, tular video memaparkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya selaku Komander Operasi Bencana sedang memberi arahan dan kawalan tempat kejadian tanah runtuh di kawasan Jalan Mega Jaya, Taman Mega, Ampang.

Video yang berdurasi 55 saat tersebut telah disebarkan oleh seorang pemilik akaun Facebook.
Antara isi kandungan dalam video berkenaan menunjukkan salah seorang pegawai APM telah ingkar arahan yang diberikan oleh Komander Operasi Bencana. Malah, pegawai APM ini telah masuk ke lokasi bencana tanpa kebenaran.

Video :

Sumner : Sinarharian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.