Viral

Semoga Pahala Terus Mengalir, Shuib Beri Sumbangan Musolla Atas Nama Siti Sarah

Pemergian penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada Ogos tahun lalu sememangnya memberi kesan yang mendalam buat ahli keluarga serta para peminat.

Walau bagaimanapun, keluarga allahyarham dilihat sudah mulai bangkit dari kesedihan dan suaminya, Shuib Sepahtu turut semakin bersemangat untuk memulakan kehidupan baru bersama anak-anak.

Hadiah buat arwah Siti Sarah

Namun begitu, rasa cinta yang mendalam kepada isteri masih terus diingati kerana Shuib tetap memberikan ‘hadiah’ buat insan cukup istimewa dalam hidupnya apabila membantu memberikan sumbangan untuk menyiapkan musolla dan dewan serbaguna atas nama allahyarham isterinya.

Hal tersebut dikongsikan sendiri pelawak tersebut di Instagram dengan memuat naik video kehadirannya bersama ahli keluarga ketika majlis perasmian yang diadakan di sebuah rumah anak-anak yatim.

 

Menurut Shuib, sebelum ini dia dan Siti Sarah pernah ke tempat tersebut dan arwah sememangnya mahu menyumbang supaya musolla serta dewan serbaguna tersebut siap dibina.

Dewan tersebut juga dimaklumkan bukan sahaja untuk kegunaan anak-anak yatim disitu, tetapi orang kampung turut boleh menggunakannya.

Ada nama arwah diletakkan sebagai penghargaan

Tambah usahawan selebriti itu lagi, sebagai penghargaan, nama musolla dan dewan serbaguna itu telah diletakkan dengan nama arwah serta dua nama yang lain.

Jadi, Shuib mengatakan semua ini adalah ‘hadiah’ buat isteri tercinta yang telah pergi meninggalkan mereka semua terlebih dahulu.

Dia juga sempat menitipkan rasa terima kasih kepada isterinya kerana telah mengajarnya untuk terus bersedekah. Semoga ganjaran dari sedekah ini menjadi pahala yang terus mengalir untuk arwah.

Hadiah buat arwah yang disayangi ramai

Susulan daripada itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa kagum dengan amalan sedekah yang dilazimi arwah sehingga memberi manfaat kepada orang ramai.

Mereka juga mendoakan kesejaheraan allahyarham di alam sana dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

 

Pahala yang akan terus mengalir

 

Semoga dapat menjadi seperti arwah yang dermawan

 

 

Sumber: Instagram shuibsepahtu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *