Viral

[Video] “Ni baru betul” – Rider PDRM Iring Konvoi Diraja Dipuji Lepas Beri Laluan Kepada Ambulans

Selepas beberapa insiden pihak polis yang iringi konvoi VIP telah menahan ambulans tular di media sosial, ramai netizen telah mempersoalkan sikap dua darjat yang lebih mementingkan kesenangan orang atasan berbanding nyawa rakyat.

Pun begitu, baru-baru ini Uncle Kentang telah kongsikan video menunjukkan tak semua anggota polis yang iringi konvoi bersikap sedemikian.

“BUKAN SEMUA MOTORCADE TAHAN AMBULAN”

Menurut Uncle Kentang, pagi tadi ambulans miliknya yang membawa seorang pesakit telah memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada konvoi Diraja yang dia percaya sedang membawa Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

Bagaimanapun, salah seorang rider yang mengiringi konvoi tersebut telah meminta ambulans ini untuk ke depan dan mengikut mereka.

3 outriders motor besar trafik telah dengan cekap nya memperlahankan kenderaan lain dan beri laluan kepada ambulan. Ambulan telah di iringi dari Simpang Jalan Semantan hingga ke Jalan Parlimen bagi mempermudahkan misi kami membawa pesakit ke Institut Jantung Negara. Kami terharu dengan usaha baik ini.

Motorcade tersebut tidak melengahkan pergerakan ambulan malah memudahkan ia bergerak lancar di kesibukan kesesakan lalulintas di pagi hari.

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU ! Kami sampai di IJN dengan selamat.”
Tindakan anggota polis ini ternyata mendapat pujian dari netizen yang rata-ratanya mengatakan bahawa inilah yang sepatutnya berlaku bila berhadapan dengan situasi sebegini.

Screenshot 2022 03 10 At 11.17.44 Am Down

Namun begitu, menerusi ruangan komen, Selangor Royal Office telah memperbetulkan posting ini dan mengatakan ini merupakan entourage DYMM Sultan Selangor ketika menuju ke Istana Negara siang semalam.

 

Screenshot 2022 03 10 At 11.12.33 Am

Manakala Facebook Kedah Royal Family pula mengatakan anggota PDRM di dalam video tersebut telah mengiringi Tuanku Sultan Kedah ke Istana Darul Aman.Screenshot 2022 03 10 At 11.15.14 Am

Screenshot 2022 03 10 At 11.27.20 Am

Tak kisahlah motorcade siapa pun, yang penting tindakan anggota polis yang mendahulukan ambulans ni memang patut sangat dicontohi. Terbaikkkkk

Sumber:lobakmerah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.