Viral

Sesuka Hati B0dohkan Org, Gadis Cuba Sekolahkan ‘Wanita’ Isi Minyak Dikecam Netizen

Pernah tak kita terlupa sama ada pam minyak kita terletak dibahagian kiri atau bahagian kanan kereta? kadang dah turun bayar minyak baru perasan kita tersalah parking.

Hal ini sering terjadi kepada mereka yang baru mengambil lesen memandu, baru membeli kereta ataupun yang mempunyai lebih daripada satu kereta menyebabkan dia mudah ‘confused’ dengan kedudukan tempat pam minyak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kelihatan seorang gadis menegur wanita yang juga pemilik kereta Axia berwarna merah ini kerana terlupa kedudukan tempat pam minyak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Bintulu News Page, kelihatan dua orang wanita berada di stesen pam minyak yang tidak diketahui lokasinya.

Namun apa yang membuatkan ramai terkejut adalah, gadis tersebut secara tiba-tiba menegur wanita berbaju putih tersebut dengan cara yang kasar dan tidak sesuai digunakan kepada stranger.

“kak, orang kata bodoh tu simpan sikit” katanya kepada wanita berbaju putih tersebut.

Wanita itu hanya terdiam melihat aksi biadapnya yang jelas sangat tidak sopan.

Tidak cukup dengan itu, gadis ini juga sempat membuat tutorial bagaimana hendak mengenalpasti kedudukan pam minyak di bahagian kereta namun netizen mula berang kerana tidak semua kereta memiliki ‘function’ yang sama.

Video yang tular di laman TikTok:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 49k tontonan, 331 komen dan 299 perkongsian di applikasi Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘angin’ dengan sikap gadis ini yang menegur wanita berbaju putih itu dengan lagak selamba dan ayat yang kurang sopan.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“kadang-kadang orang pilih pam bukan ikut mana tangki.. ikut mana kosong.. orang nak cepat”

“kereta dia bayar, minyak dia bayar, takde minyak tumpah, takde potong que sesiapa, takde tarik sampai tegang hos pam tu, takde mempermainkan sentimen kaum dan agama. So, apa masalah?”

“tak, sekarang ni sapa bodoh? ambil video kat stesen minyak”

“perasan cerdik la budak ni..”

Betul orang kata, adab ni mencerminkan siapa diri kita dan bagaimana didikan yang kita terima. Jadi, kita perlu sentiasa berbudi bahasa tidak kira dengan siapa dan dimana pun kita berada.

Sumber:mediakl

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.