Viral

“VIP Mana Ni?!”- Netizen Berang Kereta Potong Laluan Waktu Hujan Didakwa VVIP?

Belum habis isu banjir di kawasan pantai timur, kini Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan ujian hujan lebat dan ribut sehingga menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kawasan.

Semalam, beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi dikhabarkan telah dinaiki air sehingga menjejaskan bukan sahaja kawasan perumahan, malah juga beberapa jalan raya.

Ia juga telah menyebabkan beberapa kenderaan ditenggelami air serta berlakunya kesesakan lalu lintas. Namun, terdapat juga individu yang telah mengambil kesempatan atas situasi yang berlaku untuk bersikap pentingkan diri.

Isu yang sudah berkali-kali timbul di media sosial berkenaan para pengguna jalan raya terpaksa memberi laluan kepada kereta yang didakwa milik ‘VVIP’ ketika lalu lintas sedang sesak, sekali lagi berlaku semalam.

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh seorang influencer melalui akaun Twitterperibadinya ini, dilihat beberapa buah kereta telah pun diiring oleh polis trafik di laluan tengah jalan bagi memotong lalu lintas.

Tindakan tersebut telah pun mengundang rasa tidak puas hati dan bengang para pengguna jalan raya yang lain kerana ia dianggap seperti tidak adil.

Komen Vip

Sumber: Twitter / Lobakmerah

Sebelum ini juga pernah timbul isu polis menahan ambulan semata-mata untuk memberi laluan kepada konvoi VIP. Min pun positif lah diorang nak bagi bantuan banjir. Husnudzon…

 

—————————————————————-

“Risiko besar bagi konvoi dan ambulans untuk bertembung” – Polis

Agak kecoh di media sosial bila video dashcam dari sebuah ambulans tular menunjukkan dorang telah ditahan oleh polis kerana ingin memberi laluan kepada konvoi VIP di Johor Bahru.

Disebabkan ini, ramai orang awam telah menyatakan rasa tak puas hati mereka lebih-lebih lagi memikirkan keadaan pesakit yang perlu dikejarkan ke hospital.

Ekoran ini, petang semalam (7 Mac) pihak polis Johor telah pun mengeluarkan kenyataan mediabagi memberikan penjelasan mengenai insiden tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara YDH ACP Rupiah binti Abd Wahid, dua pegawai polis trafik tersebut sedang menjalankan tugas mengawal lalulintas sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru.

Keputusan dua pegawai polis ini untuk menghentikan ambulans tersebut adalah kerana dikhuatiri berlaku pertembungan di antara konvoi dan ambulans.

Ambulans yang datang dari arah susur jalan Danga Bay tetap diberikan keutamaan laluan. Anggota yang bertugas telah membuat penilaian dari sudut keselamatan di mana konvoi tersebut telah melalui jalan utama yang berada 100 meter di hadapan lebih awal untuk ke lokasi.

Sekiranya diberikan laluan hijau kepada ambulans, ia akan memberikan risiko yang besar kepada konvoi dan ambulans untuk bertembung.”

 

275281847 4357848780983860 8492760138871196621 NSumber: Facebook

275298026 4357848924317179 903541256123721498 NSumber: Facebook
Tambahnya lagi, video yang tular itu turut menunjukkan penahanan ambulans yang sangat minima dan hanya mengambil masa sekitar 30 saat.

Selain itu juga, pihak polis turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak mengeluarkan komen dan maklumat yang tidak benar bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.