Viral

Kak Long `Review` Sebuah Cafe, Tapi Cafe Lain Yang Kena Tempias Siap Dapat `Bad Review`

Minggu lalu agak kecoh di media sosial mengenai video ‘kak long’ yang mengamuk di sebuah kedai serbaneka kerana tidak dapat menerima hakikat anak lelakinya telah dituduh mencuri.

Kemudian, wanita itu menjadi sebutan netizen sekali lagi apabila bertindak memaki hamun pekerja di sebuah restoran makanan segera kerana kehabisan ais dan sos pencicah.

Menyedari dirinya dikecam, dia kemudian tampil membuat permohonan maaf kepada netizen di luar sana atas keterlanjuran perbuatannya itu.

Baru-baru ini, ‘viral’ pula kisah dia sudah mula membuat ‘review’ atau ulasan makanan di sebuah kafe yang terletak di Terengganu dan video tersebut telah dikongsikan kembali oleh pengguna media sosial.

Perkara itu kemudian telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berasa hairan kerana ada yang sanggup memanggil wanita itu untuk membuat ulasan produk atau perkhidmatan sedangkan ‘kak long’ itu telah dikenali sebagai seorang yang biadab.

Kata netizen, pengusaha atau peniaga tidak sepatutnya memanggil seseorang yang terkenal dengan perkara yang tidak bermanfaat dan mula dianggap sebagai ‘influencer’ oleh orang ramai.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa ianya rezeki buat kak long dan perkara tular yang sebelum ini terjadi seharusnya tidak perlu diungkit kembali dan mungkin juga wanita itu sudah insaf serta tidak akan mengulanginya lagi.

Namun, yang paling kasihan apabila restoran itu pula yang menerima tempias kerana ramai pengguna media sosial telah meninggalkan ‘bad review’ di Google sebagai tanda boikot akibat memanggil kak long tersebut untuk membuat ulasan makanan di kafe mereka.

Kedai tutup sebab penambahbaikan.

Meninjau di ruangan Facebook pemilik cafe ini, sebenarnya cafe tutup sementara untuk kerja2 pembaikan, dan bukannnya sebab dari review dari Kak Long.

Alhamdulillah.. Terima Kasih Yg Datang Support LEPAK Village CAFE Cafe Semalam..Rezeki Allah Dah Atur.. Sikit Atau Banyak Tetap Rezeki,  Boleh Tolong Bagi Cadangan Tak Nak Tambah Menu apa.

Kedai Off 2-3 bermula SABTU – ISNIN.. Nak Repair Bumbung Ada Sedikit Bocor Demi keselesaan Pelanggan Kami

Antara komen netizen bila kedai ini di review oleh Kak Long.

Amik orang macam ni buat review maksudnya tuan kedai menyokong orang yang berperangai macam ni. Mungkin tuan kedai suka tengok dan berharap keluarga sendiri berperangai macam ni kut. Patut boikot dan tak datang ke kedai ni.

sudah2 la korang ni…jgn la kecam k long dia pun manusia biasa xlari dari salah dn silap yg penting dia dh pun minta maaf dari mereka yg pernah dia buat salah…hbis korang yg dok kecam2 dia ni bila nk minta maaf dgn k long? atau korang rasa korang kebal dari api neraka ke?…memng dia ada buat salah tapi bagusnya dia pegi minta maaf dia cuba perbaiki diri dia.ingat surga itu di penuhi pendosa2 yg bertaubat.

low class review. org gini xpatut nk tumpang sohor. wat malu . bkn mu sorang bke keda nama lepak cafe ni. abis owner lain kne tempias. boder belake

Nobody perfect. Anggap la dia ni adik beradik kite. Apa perasaan dia dan ahli keluarganya jika org sekeliling berterusan mengecam. Dia sendiri memohon maaf secara terbuka dan sedar silap diri dia. Jgnlah tanam rasa benci sesama kite. Sedangkan Allah itu Maha Pengampun atas hambaNya.

Mmg video lama tapi mu nk promote guna video dia sbb die viral..Insya Allah, aku dn fmly xkn g kedai ni..terima kasih

Nti makin ramai la buat bnda2 bodo sbb tau bila dh viral dh femes dgn cara bangang skli pn orng akn pngil utk paid review…tahniah tuan kedai..

Rasaanyaaa ramai sakitt hatii ni bukn sbb kaklong jah..sbb anak dia skali KURANG AJAR..didikan adab/akhlak hilang..

Cafe yang berada di Kuala Krai terkena tempias bad review

May be an image of text

May be an image of text that says "6:53 NEW 2hours Cheap publicity jane So NEW w you. Cheap publicity. ALIA NUR ARMISHA ARSHAD 1reyew NEW Cheap publicity Antara Kita 2reews No nope mirza 1P hours NEW cheap publicity alynn shakirah Please nire better influencer to review your cafe, you can do petter Muhammad Faiq Syahmi NS 4hoursag What shame. ம.. AA lepak cafe kuala krai"

May be an image of text that says "6:53 Lepak Cafe Laluan Persekutuan 8, Kuala Krai, Kelantan 2.9 reviews Sort by Ninweat Highesl Emrail Package c years Services very bad Hazim Zaki 3hous Price not worth the aste Làe Hannan Afifah Mat Yusof What shame!!!! Cheap and disgusting publicity Muhammad Amin Cheap publicity jane So w NEW vou. Cheap publicitv. AA lepak cafe kuala krai"

Disebabkan tak suke seseorg , netizen pon main hentam jee ehh komen . Tak baik yerr , sgt3 tak baik . Kalau semata2 nk jatuhkan kedai org . And msalah skang kedai kami (LEPAK CAFE KUALA KRAI) yg jd mangsa bad review drpd netizen2 yg busuk hati nie ! Please laaa kalo niat nak jatuhkan org pon (sbb mostly review pasal influencer, bkn psl mknan) , siasat elok2 dlu page tuu btul ke tak !!!

Kami Xleh Tukar Sbb Fb Arwah Abg Ipar Dh Kena Block . Hanya Die Saja Moderator Page Kedai Kami Tuu . And Alamat Dlm Google Review Semua Dah Terpampang Kuala Krai . Kami Tak Salahkan Owner @ Kaklong , Tpi Netizen Kalo Ada Masalah Hati Skalipon Kena Siasat Betul2 . Bkn Main Hentam Jee . Skang Kedai Kami Dpt Byk Bad Review Dr Google . Terkejut Tgk . Nie Pon Thu Sbb Ada Org Call Bg Info Pasal Google Review Nie

Sumber Beautiful Nara/RJ

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.