Boikot Kedai
Viral

“Tak ada orang lain ke?” – Pemilik Kedai Dikecam Kerana Gunakan ‘Kak Long Viral’ Review Makanan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai isu video viral seorang wanita yang telah ‘menyerang’ premis 7Eleven gara-gara anaknya dituduh mencuri di kedai tersebut.

Meskipun isu itu telah selesai selepas pihak 7Eleven sendiri menjelaskan bahawa tiada kecurian berlaku, netizen nampaknya masih lagi bercakap mengenai wanita tersebut yang digelar sebagai ‘Kak Long’.

Kak Long kini jadi influencer review makanan? 

Terbaru kali ini, nama Kak Long sekali lagi jadi sebutan apabila dia katanya telah dipanggil untuk buat ‘review’ makanan di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian pemilik restoran tersebut di TikTok @lesung.ppit, Kak Long dilihat sedang ‘review’ sebuah set makanan bersama anak.

 

“Habis lingkup kedai ni nanti” 

Walau bagaimanapun, tindakan pemilik kedai itu tidak disenangi netizen yang melabel Kak Long sebagai individu yang kurang sesuai dengan tugas sebagai ‘influencer’ atau reviewer makanan ini.

Malah ramai juga yang mengatakan pemilik kedai itu akan mengalami kerugian kerana menggunakan Kak Long.

Boikot Kedaiumber: TikTok
“Kak Long selalu datang kedai” 

Tidak cepat melatah dengan kata orang, pemilik kedai ini berkata, Kak Long merupakan pelanggan yang sering datang ke kedainya.

Meskipun apa yang dilakukannya salah, namun kita tak sepatutnya menghukumnya secara berterusan dan lebih baik mendoakan saja.

Video Lama

Sumber: TikTok

Tambahnya lagi, video tersebut juga sudah lama dirakam sebelum insiden itu berlaku dan dia juga sudah lama mengenali Kak Long.Bagi admin, yang lepas tu lepas lah kan. Kita bagi peluang dekat Kak Long untuk berubah jadi lebih baik. 

Sumber:lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti