Viral

Nyaring Dan Bingit, Netizen Samakan Suara Bunga Dengan Fizi Upin-Ipin

Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-36 sejak semalam masih lagi terasa bahangnya.

Semalam, gadis yang pernah mencipta fenomena menyanyi rap dengan berbaju kurung ini mendapat kritikan oleh warganet kerana nyanyian suara yang bingit.

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayuni Fatini disamakan dengan salah satu watak animasi tempatan.

Fizi dah bertudung eh?

Gadis berusia 22 tahun disamakan suaranya dengan Fizi Upin & Ipin. Bukan sahaja memiliki figura bertubuh kecil, malah suaranya yang bingit itu menambahkan persamaan tersebut.

 

Level2 Nabila Razali je, dahlah suara kecik dan ‘menyempereng’

Lagu Intan Payung, nyanyian kolaborasi Bunga dan Noraniza Idris dikatakan sudah bagus, tapi gara-gara suara penyanyi yang pernah berkolaborasi bersama Ali Gatie menerusi lagu “Welcome Back”  itu telah membantutkan segala-galanya.

Dalam radio guna auto tune bolehlah dik oii

Lagu Intan Payung telah mencipta fenomena  disebabkan oleh kualiti, konsep moden klasik serta tarian yang ditampilkan dengan jumlah 9.1 juta tontonan di Youtube, malah turut mendominasi carta-carta radio di Malaysia.

Namun begitu, persembahan Bunga di pentas AJL semalam dikatakan indah khabar dari rupa disebabkan oleh bantuan auto tune.

Kak tak reda ni…

Seorang warga Twitter membahan persembahan tersebut dengan menangkap layar skrin reaksi Noraniza Idris.

Kalau dia menang tadi, aku banned muzik Malaysia

Sumber: Twitter  IniAlalalannn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *