Viral

Lepas Minta Maaf, Tular Pula Rakaman Kak Long Memarahi Staff KFC Tarik Perhatian Netizen

Sebelum ini tular berkenaan dengan seorang wanita yang mengamuk dan menengking pekerja 7 Eleven kerana anaknya dituduh mencuri. Wanita yang memanggil dirinya Kak Long itu telah mendapat perhatian ramai kerana tindakannya yang melebih-lebih.

Susulan Nama Terus Tular, Rakaman Kak Long Memarahi Staff KFC Pula Tarik Perhatian Netizen

Ramai warganet yang tidak berpuas hati dan meminta wanita ini menjaga adab. Walaubagaimanapun, dia telah pun meminta maaf dengan pekerja 7 Eleven tersebut dan sudah pun dianggap selesai oleh kedua belah pihak.

Wanita ini marah pekerja KFC pula

Namun terbaharu, viral pula sebuah video di aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh GGanG_ berkenaan dengan wanita dari Dungun, Terengganu ini memarahi pekerja KFC. Amukan itu berlaku dipercayai gara-gara KFC yang dikunjungi tersebut kehabisan ais.

Menerusi video yang diambil dari live wanita tersebut, dia juga kelihatan merungut berkenaan dengan sikap pekerja KFC yang masam mencuka sewaktu membuat pembelian.

Sambil makan KFC bersama anak-anaknya dia juga sempat membebel beberapa perkara yang lain. Turut kedengaran juga suara anaknya yang sempat memanaskan situasi. Lebih teruk lagi, kedengaran juga suara anaknya yang sempat menengking meminta pekerja KFC menghantar ais secepatnya.

Menjenguk ke facebook wanita tersebut, ramai netizen mula persoalkan berkenaan video lama yg tular. Dalam video, wanita itu nampak memarahi staff KFC.

Diketahui video di KFC itu mula tersebar di tiktok yang dimuatnaik oleh pemilik akaun tiktok bernama GGang.

Tidak pasti bila kejadian itu berlaku. Melalui info ramai yang bercakap ianya merupakan kejadian lama yg berlaku pada tahun 2020.

Tak payah la bising-bising..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai situasi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton. Namun rata-ratanya bengang dengan perangai wanita ini yang dianggap tiada kesabaran dalam diri. Malah ramai juga mempersoalkan kenapa nak marah sampai sebegitu rupa memandangkan tiada ais bukanlah isu yang besar.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan nanti minta maaf pula dan ada juga yang sempat berkata sekiranya selepas ini nampak akak ini nak masuk kedai, terus tutup.

Sepatutnya dalam masyarakat kita yang sangat menitik beratkan soal adab tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini. Jika ada tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak sekalipun, tidak perlu untuk mengamuk, menengking atau meninggi suara. Cuba bincang dan beritahu baik-baik. Bukankah itu lebih baik?

 

 

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

Sumber Tiktok Papa_.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.