Viral

Ketua Imigresen S0und Harith Iskander Isu Buat Lawak ‘Dua Kaunter Buka’ Di KLIA

Siapa je yang tak kenal dengan pelawak solo atau stand-up comedian Malaysia, Harith Iskander kan?

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan kerjaya Harith pastinya akan sedia maklum tentang persembahan lawaknya dalam tayangan Netlix pada 2018 iaitu I Told You So yang berdurasi selama 1 jam.

Baru-baru ini, Harith Iskander telah membuat satu perkongsian potongan klip video dari tayangan Netflix itu di akaun Twitternya @HarithIskander tentang perbezaan servis lapangan terbang di negara kita dengan Singapura.

Walaupun perkongsian itu hanya sebagai perisian persembahan lawaknya namun ianya mendapat teguran dari Ketua Pengarah Jabatan Malaysia, iaitu Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud selepas dia membuat qoute kepada tweet dari Harith.

Ini kerana, dalam klip tersebut, Harith mendakwa tentang servis di lapangan Singapura beroperasi sepenuhnya jika mempunyai 20 kaunter sebaliknya di Malaysia hanya akan dibuka kepada dua kaunter walaupun mempunyai bilangan yang sama.

Menurut Khairul Dzaimee, servis di KLIA tidak sama seperti yang diperkatakan dalam persembahan Harith dan beliau meminta agar maklumat yang disampaikan haruslah dari sumber yang sahih.

Bukan itu saja, isu ini juga mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain kerana ramai yang turut berkongsikan pendapat mereka tentang servis yang disediakan dengan membuat replies di tweet milik Khairul Dzaimee.

Tak kurang juga yang meminta agar Harith Iskander lebih berhati-hati dalam menyampaikan lawak dalam persembahannya agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak kerana title selebritinya membuatkan dia dikenali ramai.

Best je lawak-lawak Harith ni. Apa kata korang tengok full dulu show dia? Baru lah tahu sejauh mana fakta yang disampaikan. Hehehe…

Pelawak terkenal negara, Harith Iskander baru-baru ini ada ditegur Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud berikutan klip video persembahan lawaknya yang dimuat naik olehnya di laman Twitter.

Dalam klip video persembahan ‘stand up’ komedinya itu, Harith membincangkan secara sinis mengenai perbezaan servis lapangan terbang di negara Malaysia dan Singapura.

Kata Harith, servis di lapangan terbang Singapura beroperasi dengan kapasiti yang penuh meskipun mempunyai 20 kaunter namun Malaysia hanya buka 2 kaunter sahaja walaupun mempunyai bilangan yang sama.

Sehubungan itu, Khairul Dzaimee membalas tweet Harith itu dengan menulis ‘Misleading’ atau bermaksud maklumat yang salah.

Ia juga mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengambil peluang untuk menceritakan pengalaman mereka berurusan di kaunter-kaunter yang terdapat di lapangan terbang di seluruh Malaysia.

Malah, ada juga yang memberi nasihat kepada Harith agar lebih berhati-hati ketika menyampaikan lawak dalam setiap persembahannya kerana mungkin dapat mencemarkan nama mana-mana pihak dan juga orang ramai.

Sumber: beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.