Viral

Akhirnya Pengurus ‘7-Eleven’ Dedah Rakaman CCTV Buat Ramai Terdiam

Baru-baru ini, viral tentang video seorang wanita mengamuk selepas anak lelakinya dituduh mencuri oleh pekerja di kedai serbaneka.

Ketika kejadian, wanita itu sempat membuat Facebook Live dan ditonton oleh ramai pengguna msTAFedia sosial yang lain.

Boleh dikatakan ramai juga yang mengecam tindakan wanita itu yang dilihat tidak mampu mengawal emosinya kepada pekerja kedai serbaneka tersebut.

Ditambah pula dengan sikap anaknya yang menendang dan membaling beberapa barang di kaunter membuatkan lebih ramai netizen mengecamnya.

Minta maaf secara terbuka

Selepas video itu mendapat kecaman daripada netizen, wanita yang menggelar dirinya sebagai ‘Kak Long’ atau nama sebenar Wan Nor Baizura telah datang semula ke kedai untuk melihat rakaman CCTV.

Selepas melihat rakaman tersebut, dia dilihat menangis ketika meminta maaf kepada pekerja-pekerja di kedai berkenaan kerana tidak berjaya mengawal emosi meskipun anaknya sudah terbukti tidak mencuri.

Kak Long juga menawarkan diri untuk membayar semula barang-barang yang dicampak oleh anaknya tetapi pihak mereka menolak kerana tiada sebarang kerosakan yang berlaku.

Katanya semua dah selesai, kedai pun tak ada barang hilang

Video Penjelasan pihak kedai:

Selain daripada itu, wanita yang juga merupakan peniaga produk kosmetik turut menjelaskan mahu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai serbaneka tersebut bagi memastikan anaknya benar-benar tidak bersalah.

Selepas live di Facebook itu, wanita berkenaan memaklumkan yang kes telah dianggap selesai dan staf di kedai tersebut menjelaskan tiada barang pun yang hilang.

Akan ambil tindakan undang2 jika sebarkan lagi video dia mengamuk

Dalam pada itu, dia juga sempat memberikan amaran kepada mereka yang memuat naik kembali video amukannya di laman sosial supaya berhenti melakukan hal tersebut.

Kaklong’ dengan tegas menyatakan yang dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika masih ada netizen yang menyebarkan rakaman video semasa dia membuat live memarahi staf kedai serbaneka semalam.

Terdahulu, video seorang wanita mengamuk kerana bengang anaknya dituduh mencuri telah tular di media sosial. Mana tidaknya, cara dia ‘menyerang’ staf kedai tersebut begitu lantang sehingga tidak memberi ruang langsung kepada para pekerja memjelaskan hal sebenar.

Lebih membuatkan netizen meluat adalah tindakannya yang membuat live di Facebook terlebih dahulu sebelum mula memarahi staf di kedai itu disamping perilaku anaknya yang membuang-buang barang di kaunter kedai berkenaan.

Sumber: Facebook, TikTok @kepekpisangg

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *