Viral

[Video] Wanita Tabah Pakai Sedondon Hadir Ke Majlis Sanding Suami & Madu

Wanita mana yang sanggup untuk dimadukan. Perkara tersebut memang sakit untuk ditelan, namun masih ada yang reda andai suami mereka bernikah lain kerana menganggap apa yang berlaku itu satu ketentuan.

 

Hadir ke majlis perkahwinan suami

Perkara ini dialami sendiri oleh seorang pengguna TikTok yang memakai nama akaun @fiena_nasir apabila berkongsi momen hiba hadir ke majlis perkahwinan suami sendiri dengan wanita lain.

 

Video yang dikongsikan wanita itu telah ditonton lebih daripada 1 juta viewers kurang dari satu hari selepas di muat naik.

 

 

 

Dalam kapsyen yang disertakan, dia memaklumkan yang suami memintanya memakai baju sama warna dan hadir di majlis tersebut.

 

Suami tak bersanding tapi minta pakai baju sama

Walau bagaimanapun, lelaki itu tidak pun bersanding kerana mahu menjaga hati isteri pertama. Dia juga dilihat merangkul @fiena_nasir menuju ke pentas persandingan bagi menenangkan wanita itu.

 

Ditanya tentang perasaan, @fiena_nasir akui perasaannya sedikit bercampur baur kerana masih tidak sangka akan dimadukan.

 

Suami tak bersanding tapi minta pakai baju sama

Walau bagaimanapun, lelaki itu tidak pun bersanding kerana mahu menjaga hati isteri pertama. Dia juga dilihat merangkul @fiena_nasir menuju ke pentas persandingan bagi menenangkan wanita itu.

Ditanya tentang perasaan, @fiena_nasir akui perasaannya sedikit bercampur baur kerana masih tidak sangka akan dimadukan.

Reda dan anggap apa yang jadi sebagai ketentuan

Menjengah keruangan komen, wanita berkenaan menyatakan yang dia reda dengan ketentuan dan sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat.

 

Dia juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan supaya dia terus kuat menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.

Tergamak buat macam tu dekat seorang isteri

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan meminta wanita itu terus bersabar dengan apa yang telah berlaku.

 

Ada juga yang mempersoalkan secara umum mengapa masih ada wanita yang sanggup merebut kasih suami orang dari isterinya walaupun sedar jodoh dan ketentuan di tangan Tuhan.

Sumber: TikTok @fiena_nasir

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *