Viral

[Video] Geleng Kepala… Suami Terkejut Dengar Harga Air Starbucks Yang Isteri Order

Siapa saja yang tidak mengenali kedai minuman air popular Starbucks bukan?

Pasti ramai antara anda yang pernah menikmati air daripada Starbucks. Walaupun harganya agak mahal berbanding kedai lain, namun masih ramai meminatinya kerana rasanya yang sedap.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang suami terkejut mengetahui harga air yang dipesan isterinya dari kedai berkenaan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

 

Terkejut dengar harga air yang isteri pesan

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan suami isteri sedang membeli air minuman Starbucks melalui drive-thru.

Pada awalnya si suami bertanyakan air apa yang ingin diminum. Isterinya lalu menjawab mahu memesan air Ferrero Rocher. Difahamkan, isterinya merahsiakan harga minuman air tersebut

untuk melihat reaksi suaminya itu.

Namun, sebaik saja sampai di tempat pembayaran, si suami terkejut mendengar harga air yang diberitahu cashier iaitu RM30. Situasi itu membuatkan suaminya kemudian terus membebel kepadanya.

“Dia dengan perempuan yang tepat, same energy. Kalau tak faham memang koyak”- Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan pandangan mereka mengenai pasangan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 526.8K views, 29.3K likes dan 1,538 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Mungkin pertama kali pergi starbuks

Suami dia terkejut sebab tak pernah sampai beli harga macam tu kot..

Sekarang bukan masa berbelanja sakan, ikuti 4 langkah jimat cermat ketika pndemik

PENULARAN wabak Cvid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini cukup meninggalkan pelbagai kesan hinggakan banyak negara mengumumkan lockdown terhadap rakyatnya bagi membendung virus itu terus menular.

Perintah itu sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan harian kebanyakan daripada kita termasuk daripada segi kewangan terutama kepada individu yang terpaksa diberhentikan atau mendapat upah secara harian.

Namun kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif memperkenalkan beberapa bantuan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat ketika ini.

Ini termasuklah memberi bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Langkah itu turut melibatkan pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan dan bantuan membabitkan RM120 juta itu memberi manfaat kepada 33,000 pekerja.

Baru-baru ini juga, kerajaan turut mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 bilion.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menerusi kemudahan itu, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2

masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Jadi, apa kata ambil peluang manfaat dan bantuan diperkenalkan kerajaan untuk lebih berjimat cermat dan bukannya berbelanja mewah. Mungkin juga langkah dibawah boleh membantu anda.

Agih wang anda

Lakukan agihan pendapatan anda untuk perkara penting seperti membeli barangan dapur serta keperluan rumah. Bagaimanapun, jangan buat pembelian panik kerana ia akan membuatkan anda

berbelanja melebihi bajet dengan membeli barangan yang sebenarnya langsung tidak diperlukan.

Tambahan pula, kerajaan telah memberi jaminan bekalan makanan cukup sepanjang tempoh PKP dan pasar raya akan dibuka seperti biasa.

Masukkan sebahagian bajet untuk barang keperluan tambahan kesihatan seperti ubat-ubatan, hand sanitizer, topeng muka dan sebagainya.

Menabung

Jika anda tidak pernah menabung sebelum ini, sekarang adalah masa paling sesuai berbuat demikian sebagai persediaan masa hadapan yang tidak menentu.

Disiplinkan diri anda untuk menolak 30 peratus daripada gaji anda sebagai simpanan untuk kegunaan pada masa kecemasan.

Jauhi online shopping

Sebenarnya jika kita fikir secara positif, PKP yang diumumkan kerajaan sebenarnya turut membantu kita untuk lebih berjimat cermat selain melindungi diri kita daripada bahaya Covid-19.

Jika sebelum ini anda mengeluarkan RM100 setiap minggu untuk mengisi minyak serta RM200 untuk makan diluar, apa kata wang itu disimpan untuk kegunaan pada masa sukar memandangkan

ketika ini ramai tidak perlu keluar rumah.

Jangan pula bazirkan wang berkenaan untuk membeli barangan yang tidak diperlukan dalam talian. Cuba tahan sebarang godaan sekurang-kurangnya buat masa ini.

Libatkan anak-anak

Ini juga masanya untuk didik anak-anak kita menabung. Selain itu, terangkan situasi semasa agar mereka sama-sama dapat membantu berjimat termasuk elektrik serta bekalan makanan.

Sumber: says.com

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.