Viral

Polis Siasat Perakam Video Tular Anggota Pantau SOP Solat Jumaat

Pintu masuk masjid dikawal ketat

Berkongsi pengalaman sewaktu ke masjid semalam, dia bernama Muhammad Faiz Asyrafy ada memuat naik sebuah video menyaksikan suasana di sebuah masjid yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Dalam video berdurasi 29 saat itu memperlihatkan kehadiran dua orang anggota beruniform sedang mengawal ketat pintu masuk masjid.

Tindakan itu membuatkan Faiz merasakan dirinya seperti pengg4nas yang ingin masuk ke dalam masjid pula.

Polis siasat video anggota pantau SOP solat Jumaat- Kosmo

Subang: Polis menjalankan siasatan berhubung video tular menunjukkan anggotanya menjalankan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat di sebuah masjid di Batu 14, Puchong, di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, video berdurasi 29 saat itu dimuat naik pemilik akaun Facebook dengan kapsyen ‘masuk masjid macam pengganas besar. Allah’.

“Semakan mendapati kejadian berlaku 1 tengah hari semalam, ketika anggota berpangkat Koperal menjalankan tugas rutin pemantauan solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.

“Anggota menerangkan berkaitan SOP terbaru bagi Selangor iaitu jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat perlu lengkap dua dos suntikan vaksin Cvid-19 serta dos penggalak sebelum dibenarkan masuk,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, satu laporan polis dibuat mengenai penularan video berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menyiarkan hantaran menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam melalui kemudahan rangkaian telekomunikasi.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Polis siasat individu rakam anggota pantau SOP solat Jumaat

Tindakan seorang individu yang merakam video anggota polis sedang bertugas memantau prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat baru-baru ini di sebuah masjid sekitar Batu 14, Puchong, kini dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, video berdurasi 29 saat itu dimuat naik seorang pengguna media sosial semalam dengan kapsyen ‘Masuk Masjid Macam Pengganas Besar, Allah’.

“Hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 1 petang ketika anggota berpangkat Koperal terbabit menjalankan rutin pemantauan solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.

“Anggota itu menerangkan SOP terbaharu bagi Selangor yang mana jemaah berhasrat menunaikan solat Jumaat perlu lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 serta dos penggalak sebelum dibenarkan masuk,” katanya satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Khalid, satu laporan polis telah dibuat berhubung penularan video berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Jelasnya, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Sumber: kosmo

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *