Viral

Netizen Siasat Kereta Mustang Kehabisan Minyak, Tak Sangka Ini Yg Mereka Jumpa

Sekumpulan individu yang membiarkan kereta tersadai di tengah jalan Tun Razak kerana kehabisan minyak mengundang rasa berang wargamaya.

Menurut pemilik kenderaan yang berkongsi sendiri video tersebut di platform TikTok, kereta jenama Mustang yang dipandunya kehabisan minyak setelah ‘pokai’ kerana perlu membayar cukai jalan yang berharga RM20 ribu.

VIDEO:

Namun, tindakannya dan beberapa individu lain yang bersembang di tengah jalan sehingga membiarkan pengguna lain berdepan kesesakan lalu lintas dikatakan bertujuan untuk ‘content’ media sosial semata-mata.

Bukan sahaja di TikTok, perkongsian yang sama turut tular di laman Twitter.

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya mengecam tindakan mereka yang dikatakan ingin ‘menayang kereta mewah’ sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Malah, ramai yang menasihati agar kereta yang tersadai itu ditolak ke tepi bagi mengelakkan masalah kesesakan jalan raya.

“@Chie Thie:Kalau hanya content, semoga Allah membalas apa yang anda susahkan orang lain.. jika anda benar memang habis minyak semoga isi minyak penuh sebelum jalan.”

“@jazz87:Ingat ye kengkawan… Mustang diorang ni sewa jer, beli minyak pun sikit-sikit ni…pastu menyusahkan pengguna jalan raya yang lain…“

“@oni:Mesti dia rasa dia cool pakai Mustang duduk tengah jalan, tak tau orang dok maki tu.”

“@HangSapa:Allahamdullilah saya setakat ni,10 tahun bawak Kancil tak pernah lagi mampus kereta habis minyak tengah jalan kat KL.”

“@HirzanAiman:Tolak la tepi bang oiii, jangan nak buat pandai sangat nak show off tengah-tengah jalan, ke kereta habis minyak memang tak boleh tolak tepi? Membahayakan orang je mcm tu.”

“@Haiqal Hasrin:Isi cepat-cepat pastu gerak la woi borak kat mamak.”

“@ GF Si Iman :Bang, orang dah hon tu. Jalan jammed bang. Tak kaya takpe bang. Janji tak menyusahkan orang.”

NETIZEN SIASAT KERETA MUSTANG TERSEBUT

Dengan menggunakan model kereta dan nombor plat Mustang tersebut netizen berjaya jumpa asal usul kereta tersebut.

Rupa rupanya kereta itu adalah kereta sewa.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan oleh warga TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.