Viral

Biar Saya Jalani Hidup Sendiri Sebaik Yang Saya Mampu”- Bekas Isteri Da’i Farhan Tayang Rambut Perang, Dedahkan Sudah Ada Kekasih Hati.

PENAMPILAN baharu bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Dr Erin yang kini tidak bertudung mengejutkan ramai pihak.

Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 42, menerusi laman sosialnya memuat baik beberapa keping foto memperlihatkan rambutnya yang panjang dan berwarna perang.

Menerusi ruangan kapsyen pula, Erin berkata dia mahu menjalani kehidupannya yang lama.

“Awak telah merampas hidup saya, dan kini saya mahukannya kembali.

“Lautan mungkin mencabar, namun saya adalah kapten. Biar apa pun kesukaran, saya akan menang,” tulis Erin.

Dalam pada itu, Erin berkata, kehidupan seseorang individu tidak boleh dibandingkan dengan individu lain kerana masing-masing berdepan ujian berbeza.

Katanya, tiada siapa pun manusia di dunia ini yang dilahirkan sempurna.

“Hidup ini indah kalau kita pilih untuk indahkannya.

“Jangan bandingkan kehidupan kita dengan mana-mana manusia kerana kita hidup untuk diuji.

“Jika anda rasa kehidupan anda bahagia dan sempurna, maka anda gila,” tulisnya pada satu hantaran lain.

Biar saya jalani hidup sendiri sebaik yang saya mampu
DR. ERIN

Sementara itu, menjawab beberapa pertanyaan netizen tentang tindakannya itu, Erin berkata, apa yang dilakukan itu adalah urusan dia dengan Allah.

Selain itu, Erin yang dilihat kini mempunyai kekasih berkata, lelaki itu meletakkan had untuk dia mendedahkan rambutnya.

“Kalau saya mati hari ini saya yang tanggung. Kita ni takut mati bukan takut dosa tak pakai tudung. Banyak lagi dosa yang orang tak nampak kita kena risaukan.

“Biar saya jalani hidup sendiri sebaik yang saya mampu.

“Tak boleh warnakan rambut sebab ‘cik abang’ tak bagi. Ini pun dia dah bagi limit free hair,” balas Erin pada ruangan komen.

mStar cuba menghubungi Erin namun sehingga kini masih tiada jawapan.

Rata-rata netizen turut terkejut dengan perubahan itu namun tetap mendoakan agar dia diberikan hidayah untuk kembali menutup aurat seperti yang dituntut Allah.

Erin pernah berkahwin dengan Farhan di Mekah pada November 2019.

Kisah itu menjadi perhatian ramai kerana Erin merupakan isteri kedua Farhan ketika itu.

Mereka bercerai pada April 2020 ketika Erin sedang hamil dan keguguran ketika usia kandungan dua bulan.

Sebelum itu juga, Erin pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan mempunyai lapan orang anak.

Sumber : Mstar

 

“Terima Kasih Terima Diri Ini Seadanya” Dr Erin Kahwin Lelaki Muda?

Baru-baru ini perkongsian bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik fotonya tidak bertudung.

Terbaru, Dr Erin dilihat berkongsikan gambar swafoto secara dekat di Instagram miliknya. Wanita berusia 42 tahun itu seolah mampu berdepan kepayahan dan tetap berusaha meskipun sukar untuk dihadapinya.

Perkongsian Erin itu sekaligus mengejutkan ramai yang tampil menegur bekas isteri pendakwah itu yang sebelum ini pernah bertudung labuh. Malah, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan ‘aura ke-19 sudah hilang’.

Meskipun ramai yang mengecamnya, namun ada segelintir pengikut mendoakan agar wanita itu kembali ke jalan yang benar apatah lagi umur sudah pun semakin meningkat.

Terdahulu, Erin berkata dia tidak membuka tudung sepenuhnya. Ujarnya, dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam seperti menunaikan solat wajib dan sunat. Kata Erin lagi, selagi dia berada di dalam landangan rukun Islam dan Iman, dia tidak akan lupa diri.

Ex Da’i Farhan Kahwin Lelaki Muda?

Selepas panas dengan imej terbaharunya yang dilihat sudah tidak lagi bertudung dan berambut ‘blonde’, bekas isteri Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin dikatakan sudah berkahwin dengan seorang lelaki muda.

Menerusi kenyataan terbaharunya di dalam kemas kini di akaun Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada keluarga mentuanya kerana menerima dia seadanya.

Malah dia memberitahu dia bersama yang dipercayai suaminya kini sedang menyiapkan rumah baru mereka.
“My in-law familia. Terima kasih mak, kakak-kakak, adik-adik sepupu sepapat yang datang tolong bagi siap rumah kami ni..“Dan terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.. Terima kasih atas segala kasih sayang ini…,” tulisnya.

Menerusi entri itu menunjukkan ramai sedang mengemas rumah serta seorang lelaki muda yang didakwa suaminya sedang mengecat rumah.Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang mengucapkan ucapan tahniah.

“Alhamdulillah..Doa yang baik-baik terus melangkah semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa…,” komen salah seorang pengikutnya“Puan Erin lebih terbuka dan happy dengan perkahwinan kali ni.

Impian setiap wanita bila berkahwin adalah dapat suami yang boleh terima dan faham diri pasangan dia juga keluarga terutama mertua.Menerusi entri terdahulu, Dr Erin dilihat berkongsi mesra fotonya bersama seorang lelaki muda dan kacak yang difahamkan seorang model.

Namun sehingga kini dia hanya memberi bayangan bahawa lelaki itu suaminya.

Sumber : Gempak, rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.