Viral

“ Doa Akak Makbul, Doakan Saya Yer.” – Ebit Ziarah Keluarga Diwiyana, Syukur JKM Dan Pusat Zakat Dah Bantu.

Semalam viral di media sosial luahan kecewa seorang wanita yang mendakwa sudah dua tahun memohon bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ibu terlantar sakit namun tak dapat perhatian sewajarnya.

Wanita yang dikenali sebagai Diwiyana Mohammed terpaksa berkongsi kisah di media sosial kerana buntu wang simpanan sudah habis.

 Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak telah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM500 bermula Mac depan.

Selain itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) juga telah menyalurkan bantuan segera sebanyak RM300.

Difahamkan, permohonan bantuan bulanan daripada suami pengadu telah diterima pada 3 Februari dan MAIPk sedang memproses permohonan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Pendakwah bebas, Ebit Lew dilihat turut sama turun padang melawat ibu pengadu yang terlantar sakit. Dia bersyukur JKM, pusat zakat dan banyak pihak menghulurkan bantuan serta sokongan.

Sabar ye kak.. Ujian kerana kasih sayang Allah pada akak. Besar nilai menjaga seorang mak yang terlantar bertahun. Doa akak makbul. Doakan saya yer.

Semua ni doa akak. Jangan sedih ye kak. Bila stress sedih ingat dia sayang kita. Banyak nikmat pada kita. Maknya tadi senyum je. Allahukabar.

Diwiyana turut berterima kasih di atas sumbangan pampers, susu dan alas katil daripada tim Ebit Lew.

Kredit: Ebit Lew, Ohmedia

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.