Viral

Sajat kekal lelaki di Malaysia, Dia Ingin Pilih Negara Mana Pun Perkara Itu Kita Tak Campur – TimbMenteri

PUTRAJAYA: Jantina usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sajat di Malaysia adalah lelaki seperti yang tertera dalam kad pengenalannya iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata Malaysia menentukan jantina setiap individu berdasarkan maklumat yang tertera dalam kad pengenalan masing-masing.

Jantina dia (Sajat) adalah sebagaimana dalam IC (kad pengenalan) di negara kita dan itu yang kita guna pakai.

“(Kad pengenalan) adalah dokumen yang sah di negara ini untuk menentukan jantina dia (Sajat) dan sama ada dia ingin pilih negara atau alam mana untuk tentukan jantina, perkara itu kita tidak campur,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Manual Komuniti Hijrah (Lsbian dan G ay) di sini, hari ini

Semalam, media melaporkan Sajat melalui perkongsian di Instagram miliknya memaklumkan yang beliau telah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Sebelum ini, Sajat diburu pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada Jun tahun lepas, polis turut menjejaki beliau bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan pengharaman buku “G ay is OK! A Chrstin Perspective” semalam, Ahmad Marzuk berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mengemukakan rayuan ke peringkat lebih tinggi agar ia tidak menjadi perkara yang menggusarkan orang Islam.

“LG BT (Lsbian, G_ay, Bise_ksual dan Trans_gender) dan buku tersebut tidak sepatutnya menjadi satu agenda untuk dinormalisasikan di negara kita… ia tidak sesuai di Malaysia,” katanya.

Menurut laporan media, penerbit dan penulis “G_ay is OK! A Christian Perspective” berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri yang mengharamkan buku itu pada 2020.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman penerbit buku itu Chong Ton Sin dan penulisnya Ngeo Boon Lin. – BERNAMA

 

“Saya Terasa Seperti Dilahirkan Semula” Bangga Dapat Tukar Status Jantina

LIMA bulan menetap di Australia, usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa sudah berjaya menukar status jantinanya kepada perempuan.

Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan nama Nur Sajat, 35, meluahkan rasa gembira apabila keiinginannya untuk diiktiraf sebagai wanita diluluskan kerajaan negara itu.

“Saya gembira semuanya sudah selesai. Saya selesa kini menjadi seorang wanita.

“Negara ini (Australia) lebih memahami gender saya,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.

Menurut Sajat dia sudah lama mengidamkan untuk menukar status jantina dalam dokumen pengenalan diri sejak berada di Malaysia lagi.

Dia turut meluahkan rasa bangga dengan diri sendiri dan mahu diterima secara baik oleh orang ramai.

Ini adalah saya, Nur Sajat, rasa seperti dilahirkan semula
NUR SAJAT
USAHWAN KOSMETIK

“Kini saya rasa lebih bebas dan boleh jadi diri saya yang sebenar. Saya bangga dengan diri sendiri.

“Ini adalah saya, Nur Sajat, rasa seperti dilahirkan semula.

“Saya memang mahu tukar status jantina, saya nak bahagia dan mahu orang terima saya,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Sajat turut menjawab soalan pengikut sama ada dia akan menukar namanya atau tidak.

Namun katanya, dia lebih selesa dan bangga dengan nama Nur Sajat.

“Saya bangga dengan nama Nur Sajat. Satu dunia kenal nama ini.

“Nama ni satu dalam sejuta tau,” ujarnya.

Untuk rekod, Sajat memilih memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana merasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Banglo mewah milik Sajat yang terletak di Kota Damansara dilelong selepas dia melarikan diri

Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia.

Sebagai peringatan, menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dinyatakan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 bahawa pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.

Malah perbuatan menukar status daripada seorang ‘mak nyah’ kepada wanita dalam MyKad setelah menjalani pembedahan yang tidak dibenarkan syarak juga adalah haram.

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : gempak

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *