Viral

Dua Motosikal Bertembvng, Bayi Dalam Kandungan ‘Terkeluar’

Pasir Mas: Dua mavt termasuk seorang ibu yang sarat mengandung sembilan bulan selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dalam kejadian di Kampung Lumpur, di sini, jam 7 malam tadi.

Bagaimanapun, bayi lelaki di dalam kandungan wanita berkenaan dilaporkan selamat dan sedang mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pasir Mas (HPM).

Mangsa, wanita berusia 24 tahun disahkan meninggal di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang lelaki berumur 18 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan HPM sekitar jam 10 malam.

Saksi, yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, kejadian berlaku terlalu pantas namun dia sempat melihat kedua-dua motosikal bertembung dan lebih menyayat hati apabila bayi dalam kandungan ‘terkeluar’ manakala remaja itu terpelanting ke bahu jalan akibat pertembungan itu.

“Wanita berkenaan menunggang motosikal sambil membonceng seorang lagi kanak-kanak dipercayai anaknya.

“Mereka cuba dibantu oleh orang ramai yang melalui jalan berkenaan sebelum menelefon ambulans dan pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui di perkarangan HPM, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu namun siasatan terperinci masih dijalankan.

 

‘ARWAH ISTERI BERSUNGGUH-SUNGGUH MINTA KEBENARAN TUNGGANG MOTOSIKAL’

Pasir Mas: “Isteri meninggal di depan mata saya kerana motosikal ditunggangnya hanya berjarak lima meter di belakang motosikal saya ketika kejadian berlaku,” kata Mohd Khairi Hasbullah, 31.

Mohd Khairi suami kepada mangsa, Nur Hasliza Yazaib, 25, yang maut dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua motosikal di Kampung Lumpur, di sini, jam 7 malam tadi.

Menurutnya, lebih menyayat hati apabila bayi lelaki mereka yang berusia sembilan bulan di dalam kandungan isteri selamat ‘dilahirkan’ di lokasi kejadian di depan matanya sendiri.

“Saya segera berlari mendapatkan isteri yang sudah tidak sedarkan diri, manakala sempat meriba bayi serta anak kedua kami berusia enam tahun yang membonceng motosikal bersama ibunya.

“Kami sebenarnya menunggang dua motosikal beriringan yang mana isteri yang sarat mengandung membonceng seorang anak daripada tiga cahaya mata kami, manakala dua lagi bersama dengan saya untuk ke kedai runcit berhampiran.

“Ketika kejadian motosikal yang ditunggang remaja lelaki berkenaan terbabas memasuki laluan kami dan hampir berlanggar dengan motosikal saya, namun saya sempat mengelak. Tidak sangka, dia kemudian bertembung dengan motosikal isteri yang berada di belakang saya pada ketika itu,” katanya ketika ditemui di perkarangan unit forensik Hospital Pasir Mas, di sini, hari ini.

Mohd Khairi berkata, dia sudah beberapa kali melarang isteri yang sarat mengandung untuk menunggang motosikal sendiri namun petang tadi Nur Hasliza bersungguh-sungguh meminta kebenaran daripadanya.

“Isteri saya dijangka melahirkan anak keempat kami pada 24 Februari ini, namun, saya reda dengan takdir Ilahi kerana dia akhirnya ‘pergi’ dengan cara sebegini namun Tuhan menyelamatkan cahaya mata kami dalam keadaan yang luar biasa.

“Saya pasti merindui kebaikan isteri dan mengakui berasa sangat sedih atas kehilangan ini namun perlu kuat demi anak-anak kami termasuk bayi lelaki yang baru dilahirkan ini.

“Malah, anak kedua yang membonceng bersama arwah isteri juga dalam rawatan kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya yang berasal dari Kampung Banggol Stol, di sini.

Menurutnya, sebaik segala urusan bedah siasat selesai, isterinya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol Stol..

Sumber:Hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.