Viral

Di Halau Sebab Hisap Gam Dalam Bas, Wanita Ini Cvri Kereta Pula

Baru-baru ini, tular video di media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Honda City bertindak merempuh beberapa buah kenderaan lain selepas diekori perakam yang merakam kejadian berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik Ptryhmzh di Twitter, gadis berkenaan menyatakan bahawa kakaknya merupakan salah seorang mangsa yang dirempuh oleh kereta berkenaan.

Difahamkan, kereta terbabit dipercayai dicuri oleh seorang wanita di stesen minyak ketika pemilik kereta sedang pergi ke tandas bersama isterinya. Melihat keretanya dicuri, pemilik kereta tersebut kemudiannya cuba untuk mengejar dengan menggunakan motor staf yang bekerja di stesen minyak itu.

Ketika di persimpangan lampu isyarat di Setapak, wanita terbabit cuba untuk melarikan diri dengan melanggar beberapa buah kereta yang berada di situ, namun tindakannya itu tidak berjaya.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan wanita tersebut masih degil dan tidak mahu keluar daripada kereta. Walau bagaimanapun, terdapat orang awam bertindak melontarkan batu bagi memecahkan cermin kereta sebelum dia mengeluarkan wanita itu.

Kakak saya dalam perjalanan hantar barang. Kereta Honda putih ni (kereta curi) rempuh semua kereta yang ada kat depan dia. Shout out kepada abang tepi tu balik batu kasi pecah.

Dia gigit orang yang pegang dia. Kena lempang siap kena tendang dengan owner kereta. Berdarah hidung.

Kena halau sebab kantoi hisap gam

Dalam pada itu, terdapat satu lagi video memaparkan wanita yang sama dipercayai dihalau oleh pemandu bas kerana ‘kantoi’ sedang hisap gam. Meskipun, sudah beberapa kali diarah untuk turun daripada bas berkenaan, namun dia tetap berdegil.

Turun cepat. Hisap gamkan turun cepat. Masih degil tak nak turun.

Susulan daripada kejadian itu, wanita berkenaan dipercayai telah ditahan oleh pihak berkuasa bagi tindakan selanjutnya.

Video kejadian

Sumber : ptryhmzh, shxzwn, Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *