Viral

“Lambat Tukar Lorong” Tndakan Bladap Anggota ‘Escort’ VIP Cetuskn Kemarahan Netizen.

Memandu di lebuh raya sememangnya memerlukan fokus serta tolak ansur yang tinggi bagi mengelakan sebarang kemalangan berlaku.

Namun, kadangkala ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengakibatkan kenderaan yang kita pandu mengalami kerosakan.

Hal ini samalah seperti luahan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @FannnF apabila cermin sisi keretanya mengalami kerosakan selepas dilanggar oleh kenderaan lain dipercayai anggota ‘escort’ dari konvoi orang kenamaan.

Side mirror rosak

Walau bagaimanapun, dia tidak pasti sama ada pihak polis atau pengawal VIP tersebut yang melanggarnya susulan tindakannya lambat bergerak ke lorong kiri memandangkan trafik agak berbahaya ketika itu.

Susulan daripada apa yang berlaku terhadapnya di Lebuhraya Elite berdekatan bandar Saujana Putra, pengguna Twitter berkenaan mempersoalkan adakah laluan untuk kenderaan VIP lebih utama berbanding nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Isteri yang ambil gambar

Bagi mengelakkan salah faham berkaitan pemanduannya, @FannnF menjelaskan yang gambar tersebut diambil oleh isteri yang berada disebelah. Dia sama sekali tidak memegang telefon bimbit semasa sedang memandu.

Terus tepuk side mirror, seram!

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet akui berang melihat perkara itu. Ada juga yang berkongsi kisah hampir serupa dengan yang dialami lelaki terbabit.

Sampai majlis lambat jugak

Macam ni memang selalu berlaku

Kalau lambat ikut turn la

Orang biasa naik kereta mewah pun sama

Walau bagaimanapun, buat masa ini belum ada sebarang penjelasan daripada pihak VIP tersebut dan berharap isu ini tidak berulang kembali.

Sumber: Twitter @FannnF, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.