Viral

Buat Video Beri Monyet D4dah Hingga ‘Mabvk’, Netizen Minta Pelaku Disiasat

Zaman rakam merakam ini ada saja timbul kes penganiayaan terhadap haiwan yang berlaku di negara kita.

Ini satu senario yang cukup membimbangkan dan walau apapun alasannya, tidak wajar menzaIimi haiwan kerana haiwan juga makhluk ciptaan Tuhan yang perlu dilindungi dan disayangi.

Tular sebuah video yang disebarkan netizen memaparkan tindakan kejam seorang pelaku yang memberikan sejenis dadah kepada seeokor monyet sehingga mencetuskan rasa kurang senang netizen.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok, namun ia sudah dipadam selepas menerima kecaman ramai.

Netizen bagaimanapun bertindak pantas memuat naik semula rakaman tersebut ke platform media sosial lain.

Monyet Diberi Dadah Mabuk

Menerusi rakaman tular itu, dapat dilihat keadaaan seekor monyet terhuyung-hayang dan hampir rebah bagaikan mabvk dengan kapsyen ‘barang jadi’. Malahan perakam juga kedengaran sedang mentertawakan monyet itu mungkin kerana menganggap ‘eksperimennya’ berjaya.

Pengadu memaklumkan ada segelintir pengguna platform berkenaan yang merasakan perkara itu sebagai satu jenaka dan tidak rasa bersalah monyet itu diperlakukan sedemikian rupa.

Difahamkan, dadah yang diberikan oleh si pelaku adalah sejenis dadah ‘Happy 5’ dan jika manusia yang mengambilnya akan mengalami rasa sakit kepala. Bayangkanlah jika diberikan kepada haiwan yang tidak bersalah ini.

Negara ada undang-undang untuk melindungi haiwan serta menghukum individu yang menganiaya haiwan seperti Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 sehingga RM100,000 serta pnjara sehingga tiga tahun sekiranya didapati bersalah menganiayahaiwan.

 

Sumber: Odisi.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.