Viral

Apa Seronoknya Kalau Pasang Ekzos P3rang ??

BIARPUN operasi besar-besaran mengesan pengguna jalan raya bagi kesalahan ubah suai ekzos atau lebih dikenali sebagai ‘ekzosperang’ telah digerakkan pada 1 Mac tahun lalu, tetapi hari ini kesalahan tersebut masih berlaku.

Namun, mengapa masih ramai pemilik kenderaan yang taasub ekzos bingit ini? Nak kata kenderaan akan laju, tak juga. Rasanya lebih banyak dapat sumpah seranah berbanding pujian.

Operasi pihak berkuasa pasti disambut baik oleh masyarakat kerana bunyi ekzos yang bising mengganggu ketenteraman awam, apatah lagi terhadap penghuni di kawasan kejiranan serta berdekatan kawasan hospital.

Bayangkan, kita baru hendak melelapkan mata seketika kerana penat bekerja, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi ‘ekzosperang’. Bagaimana rasanya bila anak kecil yang baru tidur menangis dek sebab bingitan bunyi ekzos sedemikian.

Ada juga yang terpaksa memberhentikan perbualan seketika di kedai makan untuk memberi laluan kepada kenderaan ‘ekzosperang’ ini.

Perlu diingatkan, tindakan saman kerana ubah suai ekzos boleh diambil mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Setiap ekzos yang dipasang pada kenderaan bermotor perlu diselenggarakan setiap masa supaya berada dalam keadaan baik dan tidak boleh diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising.

Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian ekzos menjadi satu kesalahan dan boleh did3nda tidak melebihi RM2,000 ataupenjara tidak lebih enam bulan jika disabitkan kesalahan. Di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa menyita kenderaan yang terlibat.

Komen Netizen :

Jadi apa seronoknya kalau pasang ‘ekzos perang’ ini?

Sumber : Sinarharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.