Viral

“Wartawan Cilik” Memesongkan, Merendahkan Dan Memperlekehkan Profesion Kewartawanan – Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican

Bakat Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, yang mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan rakyat Malaysia baru-baru ini memang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Kepetahan dan kecerdasannya amat dikagumi sehingga menjadi bualan dan dijemput oleh Perdana Menteri dan mendapat perhatian Sultan Kedah.

Namun, tindakan segelintir pihak media yang melabelkannya sebagai ‘wartawan cilik’ mendapat reaksi yang agak ‘kurang menyenangkan’ dari seorang tokoh akademik negara.

Pensyarah Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berpendapat, gelaran tersebut amatlah tidak tepat.

Tangkap layar dari Facebook Ahmad Murad Merican

Penggunaan ungkapan ‘wartawan cilik’ bagi tajuk berita dan cerita seperti ini (dan telah berkali-kali digunakan) amat tidak tepat lalu memesongkan, merendahkan dan memperlekehkan profesion kewartawanan itu sendiri.

Walaupun penggunaan seperti ini mungkin bersahaja, dalam memaparkan satu slanga, atau memaparkan kecilikan seorang kanak-kanak, ia tidak sepatutnya dipandang ringan.

Yang dilakukan oleh budak tersebut ialah melaporkan sesuatu kejadian dengan meniru apa yang dilihatnya.

Apa yang dilihatnya dari tugasan melaporkan berita di televisyen bukanlah dapat dipaparkan menggunakan istilah ‘kewartawanan.’

Apa yang dilihat dan dilakukanya ialah proses melaporkan berita atau pemberitaan dan petugas itu memenuhi fungsi sebagai pemberita.

Pemberitaan adalah satu fungsi dalam profesion kewartawanan. Tugas dan fungsi editor dalam menulis lidah pengarang, komentar, pendapat, esei, penulisan rencana, pengurusan berita, penulisan kolum – semuanya adalah fungsi profesion kewartawanan.

Pemberita, penerbit, editor berita, editor halaman lidah pengarang, ketua editor, editor sukan, editor ekonomi, editor jenayah, editor sains – semua itu jawatan dalam organisasi media; semua itu merupakan ahli kepada profession kewartawanan, dan semua digelar wartawan.

Mereka yang melakarkan tajuk berita dalam hal ini harus/mesti/patut membezakan antara fungsi/jawatan/profesion. Golongan wartawan mesti meningkatkan kefahaman mereka mengenai bidang mereka sendiri.

Bukan semua boleh jadi wartawan. Editor dan wartawan (jika mereka sedar akan istilah itu) mesti menganggap kewartawanan sebagai satu profesion dan institusi. Ia ada nilai dan ideologinya sendiri.

Sumber: Ahmad Murad Merican, Odisi.my

 

 

Terlalu banyak permintaan ‘review’ produk, ada kala Haziq ‘stress’ – Ibu

Terlalu banyak permintaan 'review' produk, ada kala Haziq 'stress' - Ibu

Adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf menerima kejutan apabila dipakaikan pakaian seragam bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Sungai Petani, pada Ahad. – Gambar ihsan BOMBA


SUNGAI PETANI:
Semenjak namanya masyhur, adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf terus menjadi buruan.

Popularitinya sebagai personaliti media sosial menjadi perhatian usahawan-usahawan dan syarikat yang memasarkan produk.

Hasrat mereka mahu merebut peluang populariti Muhammad Haziq mengulas dan sekali gus mempromosikan barangan dagangan mereka.

Jsuteru, sejak seminggu lalu, Muhammad Haziq tidak menang tangan kerana terlalu banyak panggilan diterima daripada peniaga sehingga ada beberapa ketika mengakibatkan pelajar berusia 12 tahun itu ‘tertekan’.

Berkongsi perkembangan terbaharu Muhammad Haziq, ibunya, Nur Shakilla Zainol, 33, berkata, enggan anaknya ‘terbeban’ dengan situasi itu, dia dan suami sentiasa memantau jadual anak mereka bagi mengelakkan sesi pembelajaran kanak-kanak itu tidak terganggu dengan populariti yang diraih ketika ini.

Kata Nur Shakilla, kerana mahu memastikan Muhammad Haziq mendapat rehat yang secukupnya, sebanyak 20 tawaran bagi membuat ‘review’ produk dalam minggu ini ditolak mereka.Nur Shakilla berkata, Muhammad Haziq ada bersuara yang dia mula ‘tertekan’ kerana panggilan telefon bertalu-talu diterimanya.

“Sekarang ini hari Rabu dan Khamis dia bersekolah… (dia) tidak boleh (buat) sebarang aktiviti (seperti mengulas produk) nanti dia letih, dia kena rehat banyak.

“(Sebenarnya) banyak (tolak jemputan), dalam 20 macam itu untuk minggu ini sahaja, jemputan macam review produk, (saya) bagi alasan dia tidak sihat (dan) bersekolah.

“Haziq (ini sebenarnya) okey, dia macam kalau (kena buat perkara yang) dia minat memang dia nak, kalau tak minat (kita) tidak boleh nak paksa,” kata Nur Shakilla lagi.

Nur Shakilla berkata demikian ketika ditemui media selepas program merealisasikan hajat Muhammad Haziq yang ingin menaiki jentera bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya di sini, pada Ahad.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selambau, Subberi Salleh mengharapkan pihak tertentu tidak mengganggu Muhammad Haziq ketika sesi atau waktu pelajaran sehingga menyebabkan kanak-kanak itu tidak hadir ke sekolah.

Beliau turut menasihati agar tidak ada pihak yang mengambil kesempatan di atas populariti Muhammad Haziq kerana tindakan itu akan memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak itu.

Apatah lagi, Muhammad Haziq, kata Subberi, akan menduduki peperiksaan penggal ketiga sebelum bercuti dalam tempoh dua minggu lagi.

“Harapan kita walaupun dia (Muhammad Haziq) popular, janganlah sampai dia ketinggalan dalam pelajaran, jadi apa aktiviti yang dilakukan oleh Haziq ketika ini banyak tertumpu kepada luar bilik darjah.

“Kita berharap pihak waris atau keluarga dapat mengatur waktu yang sesuai untuk dia berada di luar sekolah (atau) untuk dia menerima jemputan supaya sesi pembelajaran dia terus tidak terganggu.

“Ini untuk menjamin masa depan dia, walaupun dia berminat dengan acara yang dianjurkan beberapa pihak, kita harap jangan ganggu pelajaran dia,” jelas Subberi lagi.

Muhammad Haziq sebelum ini meraih perhatian netizen dan menjadi popular selepas videonya melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di Pasar Bukit Selambau, tular baru-baru ini.Video tersebut yang dimuat naik di Facebook Putra Mar pada 24 Januari lepas sehingga kini telah menerima sebanyak lebih 1.2 juta tontonan.

Kepetahan kanak-kanak itu menyampaikan sesuatu maklumat juga terbukti apabila diberikan peluang oleh Astro AWANI bagi menyampaikan laporan mengenai Pasar Pagi Bukit Selambau penghujung bulan lalu.

Sumber:Astroawani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *