Viral

Berkat Perg0rbanan Isteri – Jaga Suami K0ma Walaupun Dalam Berpantang Selepas Bersalin

Kuala Lumpur: “Saya bersyukur dan menghargai jasa isteri yang banyak membantu serta berkorban demi menjaga diri ini semasa k0ma,” kata Amir Mohsin Mohd Bahrudin, 33. Akibat kmalangan jalan raya empat tahun lalu, Amir Mohsin k0ma selama enam bulan dan mengalami Kec3deraan Otak Traumatik (TBI).

Namun kini berkat usaha dan kesabaran, dia kembali pulih dan berusaha untuk bangkit demi keluarganya.

“Kejadian berlaku pada 2018 apabila saya mengalami kem4langan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Isteri, Siti Hawa Mohd Nasir, 30, ketika itu baru berpantang 20 hari selepas melahirkan anak kami. Bayangkan dalam keadaan begitu dia berkerusi roda menjaga saya yang berada dalam keadaan k0ma.

“Jika melihat keadaan saya ketika itu memang teruk. Doktor maklum kepada isteri bahawa minimum saya akan sedar dua tahun lagi namun Alhamdulillah selepas sebulan saya sudah stabil dan dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.

Apabila pulang ke rumah, katanya, dia bernasib baik kerana isterinya juga adalah graduan kursus fisioterapi.

“Dia yang menjaga proses pemulihan dan terapi saya. Ketika sakit saya menjadi malas namun isteri tetapkan ‘no treatment no meal’ (tiada rawatan, tiada makanan). Jika enggan menjalani terapi, tiada makanan untuk saya.

“Kesan daripada kmalangan itu masih terasa dan memberi kesan mendalam kepada saya dari segi fizikal dan banyak juga sel otak saya yang rosak.

“Bahkan, antara trauma yang saya sering hadapi juga adalah sering berjaga pada waktu malam, tak dapat tidur dan emosi juga sering terganggu kerana sakit,” katanya.

Menurutnya, berkat penjagaan dan bantuan terapi isteri, dia mampu sedar dan berjalan tanpa bantuan pada Januari 2019.

Amir Mohsin turut bersyukur dikurniakan keluarga serta sahabat yang memahami keadaan isteri yang tidak bekerja dan mengumpulkan dana bagi membantu rawatan sepanjang dia terlantar.

Dia yang sebelum ini bekerja di Jepun sebagai jurutera, kini aktif menjalankan perniagaan pakaiannya Fasyen Hijabistaluxe untuk kembali memegang tugas sebagai ketua keluarga.

Malah, sebagai salah seorang TBI survivor, dia turut menjalankan inisiatif dalam membantu orang lain yang juga mempunyai masalah kesihatan dengan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu rawatan menggunakan air (hidroterapi) dengan kerjasama pegawai perubatan bertauliah.

sumber:Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *