Viral

Alhamdulillah,Tahniah Usop Kini Sah BergeIar Suami Kepada Nur Fatihah

Berwalikan bapa kepada Nur Fatihah, Md Hashim Bin Nordin dan bersaksikan Abang kepada Nur Fatihah,  Muhammad Firdaus. Dalam majlis pernikahan ini menyaksikan hantaran sembilan dulang dari pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki, manakala mas kahwin sebanyak RM3,000.00 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang .

Tahniah diucapkan kepada penyanyi muda dan berbakat besar, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor 24 kerana kini sah menjadi suami kepada gadis pilihannya Nur Fatihah Md Hashim hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)

Pasangan ini diijab kabul dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam dekat Penaga, Pulau Pinang.

Difahamkan majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13hb Feb 2022 di Kulim Kedah.

Berkongsi kisah percintaan mereka, perkenalan Usop dan Teha sejak 2 tahun yang lalu kini diteruskan kepada ikatan pertunangan sebelum bergel4r sebagai pasangan suami isteri.

Melahirkan rasa syukur, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor berharap dapat menjalankan tanggun gjawab dengan baik biarpun usianya masih muda.

Buat masa ini, fokus kami untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. USOP PENYANYI

 

” Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.” Ujar Usop

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggu ngjawab ini dengan sebaik mungkin. Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan. Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.

“Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya.

Untuk rekod, Usop dan Nur Fatihah mengik4t taIi pertun4ngan pada 4 November tahun lalu.

Sumber:Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *