Viral

‘Sifu Trading’ Kantoi Guna Jet Peribadi Mewah Milik Orang Lain Untuk Promosi Bisnes

Pelbagai cara pihak tidak bertanggungjawab akan guna demi mengaburi mata orang ramai. Rakam gambar di hadapan kereta mewah ‘milik mereka’ adalah antara teknik yang biasa digunakan untuk memberi gambaran mereka telah berjaya dalam bisnes yang mereka ceburi.

Terbaharu, seorang ‘sifu’ trading yang dikenali sebagai Anai-Anai Trader telah berkongsi gambar beliau bersama jet peribadi mewah yang didakwa dibelinya hasil kejayaan bisnes trading.

“Anai-anai memang tak sangka boleh ada PRIVATE JET sendiri. Dulu hidup anai-anai memang tiada tujuan. Kerja dengan gaji RM2,000 sahaja & pernah ditinggalkan tunang yang curang dengan lelaki berjaya. Perit & sakit dia tu tuhan saja yang tau.

“Anai-anai juga pernah depresi, 3 bulan tak keluar rumah. Mungkin rezeki, kawan anai-anai zaman universiti kenalkan anai-anai dengan SAHAM & TRADING,” tulis pemilik akaun tersebut.

Kisahnya kemudian tular di Twitter. Ramai yang sudah menghidu keraguan dalam penulisan sifu ini kerana golongan scammer biasa membuat tulisan seperti ini untuk menipu mangsa yang mahukan untung mudah dan cepat.

Lebih meragukan, stiker pada jet peribadi yang didakwa miliknya hilang dalam gambar lain yang dikongsikan oleh beliau.

Menerusi carian nama Tutor Perini yang tertulis pada jet peribadi tersebut, ia merujuk kepada syarikat Tutor Perini Corporation, sebuah syarikat pembinaan gergasi di Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1949 oleh Albert G. Tutor.

Tutor Perini Corporation mempunyai projek pembinaan skala besar di seluruh dunia dan berkemungkinan besar jet peribadi ini adalah milik mereka yang singgah di Malaysia untuk tujuan bisnes.

Seorang pengguna Facebook, Muhamamd Nur Iman turut mengesahkan ada sebuah jet peribadi Gulfstream yang didaftarkan di Amerika Syarikat berlabuh di lapangan terbang Subang dan Kuching dalam tempoh beberapa hari yang lalu sebelum berlepas kembali ke Dubai.

Adakah mampu untuk membeli jet peribadi Gulfstream sendiri? Boleh sahaja jika anda sanggup untuk laburkan USD61.5 juta (~RM257.25 juta) untuk model Gulfstream G550, tidak termasuk kos selenggara tahunan yang mencecah jutaan ringgit.

Carilah pihak yang tidak diragui sekiranya anda mahu berkecimpung dalam dunia pelaburan. Kerana modal anda yang jadi taruhan, bukan modal sifu. Beringat sebelum kena.

Sumber: Twitter, Fb

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.