Viral

14 Kali Kahwin & Cer4i, Rupanya Janda Kaya Tetap Syarat Pelik Sampai Semua Bekas Suami Menyerah

Seorang wanita di Thailand berusia 62 tahun dikatakan mempunyai hobi yang ‘pelik’ dengan kerap menukar suami. Wanita yang dikenali sebagai Leena Jungjunja (Leena Jung) dipercayai telah berkahwin sebanyak 14 kali namun perhubungan tersebut tidak berkekalan dan berakhir dengan penceraian.

Ada syarat istimewa yang ditetapkan

Menerusi laporan Tribun News, wanita ini merupakan seorang peguam, hartanah, ahli politik serta pengusaha pakaian dan kosmetik. Difahamkan, janda ini meletakkan syarat istimewa yang perlu diikuti oleh bakal suaminya iaitu mesti botak dan kuat ‘melayannya’ di atas katil.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini mempunyai dua orang anak dan didakwa menukar suami seperti menukar pakaian. Wanita ini menggunakan duit sebagai ‘senjata’ utama bagi mencari suami baharu yang jauh lebih muda daripada usianya. Secara keseluruhan Leena Jung telah berkahwin dengan 14 lelaki botak namun hubungan tersebut berakhir dengan penceraian.

Pada tahun 2017 Leena Jung membuat pengumuman dan menjelaskan dia mahu mencari suami yang ke-9. Apa yang lebih mengejutkan, apabila syarat yang diletakkan begitu pelik antaranya umur maksimum 25 tahun, mempunyai ketinggian 1.8 meter, berat kurang daripada 70 kg, mempunyai six packs dan mampu memenuhi ‘keperluannya’ di atas katil sebanyak 28 kali sehari.

60,000 pemuda yang memohon

Foto: Tribun News

Difahamkan 60,000 pemuda datang untuk memohon menjadi suami kepada Leena Jung dan dia akhirnya memilih seorang lelaki 34 tahun lebih muda daripadanya dikenali sebagai Rangsee Saransiriborriruk. Namun, wanita ini sekali lagi diuji apabila perkahwinan tersebut hanya berkekalan dalam tempoh satu bulan sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Leena Jung dilihat tidak serik apabila dia sekali memberitahu akan berkahwin dengan suami baru yang ke-14 pada tahun 2019. Namun tanpa disangka, lelaki ini telah mencuri sebuah kereta Mercedes bernilai hampir 10 juta baht dan kemudian melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Pada tahun 2018 Leena Jung nekad untuk melakukan pembedahan plastik bagi menukar penampilannya dan ingin kelihatan lebih muda. Bagaimanapun, pembedahan tersebut tidak berjaya dan hasilnya begitu mengecewakan. Mukanya terdapat kesan bengkak dan lebam.

Disebabkan pandemik Covid-19, beberapa syarikat Leena Jung telah ditutup berikutan mengalami kerugian.

Saya sedar bahawa orang baru datang kepada saya untuk wang.

Sumber: Tribun News

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.