Viral

“Wajah Tunang Usop Lebam” Teha Buat Satu Pengakuan Yg Mengejutkan Netizen.

Bekas peserta Big Stage, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim bin Muhammad Noor, 25 difahamkan akan melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan tidak lama lagi.

Gambar-gambar pre-wedding bersama tunang tersayang, Nur Fatihah Md Hashim telah tular di media sosial kerana cukup cantik lebih-lebih lagi tema yang mereka tonjolkan agak berbeza daripada kebiasaannya.

Gambar pre-wedding cantik

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian Fatihah atau lebih mesra disapa Teha di akaun TikTok miliknya, dia telah meluahkan rasa gusar menjelang hari pernikahan mereka susulan bawah matanya terdapat kesan lebam.

Suspend je ingat usop tumbuk Teha

Dia juga sempat berkongsi video dan gambar ketika pre-wedding bersama wajah terkininya yang jelas kelihatan kesan cedera di bawah mata.

Disebabkan itu, ramai yang salah faham dengan menyangka Usop memukul tunangnya di ruangan komen kerana tiada sebaran kapsyen kenyataan daripada Teha.

Jangan kecam dulu, tanya tuan badan


Ingatkan belum kahwin dah naik tangan tadi


Nasib kena meja, kalau Usop buat memang dia makan penumbuk


Teha akui terhantuk bucu meja.

Namun begitu, disebabkan ramai yang salah sangka, Teha telah menjelaskan yang kesan lebam tersebut adalah disebabkan terhantuk meja dan bukan seperti andaian yang dibuat netizen.

Usop sendiri turut menjelaskan bukan dia yang membuat kesan kecederaan kepada bakal isteri dan hal tersebut dinafikan sendiri olehnya dengan meninggalkan komen di posting tersebut.

Usop tak pukui tunang oi


Sumber: TikTok @teharicher

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *