Viral

“Artis Hlna Ke, Sampai Saya Tk Boleh Kahwin Dengan Artis…” Zizan Razak

PERNAH meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 25 tahun, pelakon dan pengacara Zizan Razak menganggap belum diberi rezeki untuk berumah tangga.

Zizan atau nama sebenarnya Muhd Razizan Abdul Razak, 37, bagaimanapun reda dan bersyukur dikurniakan rezeki lain dari segi kerjaya dan perniagaan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun ini reda dengan takdir Allah yang memberi rezeki lain dari segi kerjaya dan perniagaannya terlebih dahulu.

“Saya tak pernah kongsikan sebelum ini… ikutkan sasaran saya nak kahwin masa umur 25 tahun. Saya cuba dan pernah nak kahwin, tapi tak menjadi.

“Bagi saya, itu kerja Allah. Kalau Allah tidak izinkan, saya terima saja. Takkan saya nak salahkan takdir.

Tidak menolak andai jodohnya hadir dari kalangan orang industri atau orang bukan popular, Zizan memberitahu, kalau memang tiada jodoh buatnya di dunia, tiada sebab dia perlu berasa tertekan.

“Alhamdulillah, saya okey. Ada juga masa fikir kalau tiada jodoh nak buat macam mana. Kalau ada jodoh, kita jalan.

“Saya serahkan kalau ibu kata okey dan kemudian saya juga rasa begitu, ujian Puspakom dan JPJ lulus, kita kahwin,” katanya berseloroh seraya mengatakan keluarganya sangat memahami dirinya.

Terdahulu, beberapa selebriti wanita popular tanah air pernah dikaitkan bercinta dengan Zizan antaranya Emma Maembong, Che Puan Juliana Evans dan Mira Filzah yang masing-masing sudah berumah tangga.

“Keluarga saya macam relaks. Kalau ada, ada. Kalau tiada, sudah. Saya pun macam selesa atas katil seorang-seorang.

“Ada juga cakap ‘kau ni memilih sangat’. Siapa cakap, dia macam lebih tahu daripada saya. Lepas itu, cakap saya ‘playboy’lah apa lah, tapi saya senyum sahaja sebab banyak lagi benda saya perlu bersyukur,” katanya.

Zizan bakal bergandingan dengan MK dan Daiyan menerusi telefilem baru.

“Saya fikir kalau Allah tak beri rezeki jodoh, Allah beri rezeki lain. Tak ada sebab untuk saya rasa tidak bersyukur,” katanya kepada mStar.

Zizan ditemui ketika majlis pelancaran telefilem Rompak di The Finch @ KL, The Westin Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain Zizan, telefilem yang bakal menjalani penggambaran pada Februari itu turut dibintangi oleh Daiyan Trisha, MK K-Clique dan Chubb E.
Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, pelakon filem Abang Long Fadil ini mengakui dia menyerahkan soal jodoh kepada ibunya, Anai Ibrahim.

Bagaimanapun, Zizan meluahkan rasa kesal dengan segelintir peminat yang menasihatinya agar tidak memilih wanita dalam kalangan selebriti.

Zizan serah soal jodoh kepada ibunya.
“Saya betul-betul serahkan soal jodoh kepada ibu. Kalau ibu kata wanita itu okay dan saya tengok dan rasa okay, kita kahwin.

“Saya tak kisah apa kerjaya wanita itu. Saya tahu, ada yang kata jangan cari artis… kenapa artis hlna ke? Sampai saya tak boleh kahwin dengan artis.

“Artis pun manusia juga… seteruk mana pun orang itu, kita tak tahu pengakhirannya macam mana. Jangan tegur orang seperti kita tak buat d0sa,” ujarnya.

Pahala Mengalir Berpanjangan, MasyaAllah…,” – Zizan Razak Beli Toyota Hilux Untuk Bantu Orang

Hikmah musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini nyata telah membuka hati banyak pihak untuk menjadi pemurah dan turut sama membantu buat para mangsa yang terkesan.

Bagi pelakon dan pelawak, Zizan Razak pula, hatinya terdetik untuk membeli sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux selepas melihat kepayahan dan kesusahan yang dialami banyak pihak sewaktu berhadapan dengan musibah banjir.

Menurut Zizan, dia mahu menggunakan kereta tersebut bagi membantu lebih ramai orang pada masa akan datang.

Malah, bintang ini turut menyifatkan pembelian tersebut sebagai hadiah buat dirinya setelah sekian lama gigih berkerja.

Setelah lama bekerja dan rasa nak hadiahkan diri sesuatu. Harini ini hadiah untuk diri serta berniat nak membantu sesiapa jika perlu.

“Bermula dengan kes banjir baru ni lah buat Zizan beli Hilux ni. Tahniah Zizan Razak. Proud of me,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Polis Evo itu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram.

Terdahulu, selain bergiat aktif di dalam industri seni, Zizan juga kini dilihat sibuk menguruskan bisnes restoran berasaskan makanan Korea miliknya.

Sumber: Instagram Zizan Razak via MH via mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *