Uncategorized

“Saya Tidak Bermaksud, Tidak Berniat,” Vida mohon maaf kepada Anuar Zain, teringin nak jumpa & tawar pr0jek besar

Usahawan Datuk Seri Vida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal Anuar Zain susulan video pendek yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan di Instagram, Vida, 51, memohon maaf atas khilaf kepada semua pihak yang terguris hati, termasuk ahli keluarga penyanyi lagu Keabadian Cinta itu.

 

 

“Saya Datuk Seri Vida mohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar… saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak ‘recall’ balik apa yang saya cakapkan itu.

“Sebab benda ni (video) dah lama sebenarnya. Jadi baru sekarang ni muncul,” katanya.

Vida juga berhajat untuk bersemuka dengan Anuar Zain secara peribadi.

“Apa pun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat sangat Lelaki Ini. Tapi jadi kekeruhan macam ini… kekalutan.

“Apa lagi yang dapat saya ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain.

“Maafkan saya Datuk Seri Vida dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada insyaAllah,” katanya.

 

 

Terdahulu, tular satu video di TikTok yang telah mengulang siar video IG Live usahawan terbabit yang merakamkan Vida membalas usul seorang pengikutnya supaya mendekati Anuar.

Namun secara berbisik, Vida membalas pertanyaan tersebut dengan menyebut perkataan yang tidak sepatutnya hingga mencetuskan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen.

Malah Ziana Zain turut membidas kenyataan tersebut dengan meninggalkan reaksi ‘sangat biadap’ di ruangan komen.

Kaya dan popular tidak menjamin adab – Fazley Yaakob

Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang bukan?”.

Itu reaksi penyanyi dan cef terkenal, Dato Fazley Yaakob berhubung sikap usahawan terkenal, Dato Sri Vida (DSV) yang mendakwa penyanyi Anuar Zain seorang lelaki homoseksual menerusi Instagram Live DSV baru-baru ini.

Jelas penyanyi Asmara Ini itu, setiap dugaan dan ujian yang hadir mempunyai hikmah yang tersendiri agar dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.

“Sesetengah daripada kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.

“Sebahagian daripada kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama di akaun Instagram miliknya, Fazley turut menyatakan rasa simpati terhadap golongan yang suka menggunakan kaedah publisiti kurang bijak dan melayangkan pertanyaan adakah perbuatan tergamak itu boleh dijadikan sebagai ikutan usahawan muda.

“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?

“Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut.

“Shame on you! (Buat malu diri sendiri) Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin buat tabiat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah ditangkap layar buruk padahnya,” akhirinya.

Anuar Zain pun ‘join’ tabligh

Kuala Lumpur: Penyanyi terkenal, Anuar Zain, 51, menjadi perhatian netizen di media sosial apabila dia difahamkan kini menyertai jemaah tabligh selepas tular videonya bersama pengacara dan pelawak Nabil Ahmad bersarapan pagi di sebuah masjid di Selangor.

Berdasarkan video dari Tik Tok yang turut dikongsikan pemilik akuan Facebook dikenali Mohd Nazri Ahmad dengan kapsyen ‘hidayah milik Allah’ itu begitu menarik perhatian ramai.

Dalam video berkenaan, Anuar yang memakai jubah berwarna biru dan berkopiah dilihat sedang menuang teh tarik ke dalam beberapa gelas sambil menyanyikan lagu popularnya, Lelaki Ini dengan cukup ceria.

Malah, nyanyiannya itu sebagai memenuhi permintaan Nabil yang sedang bersarapan pagi dengan ahli jemaah tabligh lain.

Sementara itu, Pengurus Anuar, Nana Ahmad dihubungi sama sekali tidak menafikan video tular itu yang difahamkan penghibur terbabit sekarang dalam proses belajar mendalami ilmu agama.

“Alhamdulillah. Apa-apa pun, kita tunggu sehingga Anuar selesai. Sekarang dia masih dalam ‘khuruj’ (meluangkan masa belajar ilmu agama) lagi.

“Saya pun tidak menghubunginya kerana menghormati masa dia untuk belajar. Bagaimanapun, Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Anuar,” katanya kepada Harian Metro.

Nana berkata Anuar pasti sedia memberi kerjasama untuk penjelasan sebenar dia menyertai kumpulan tabligh itu dan keluar berdakwah sebaik selesai proses mendalami ilmu agamanya nanti.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *