Viral

Kelab Kereta Lain Mula Padam Gambar “Gathering” Selepas Geng Civic FC Dicari Polis

SEJAK tular rakaman video kelab kereta Honda Civic FC tular di media sosial, nama Lebuh Raya Temiang-Pantai menjadi bualan netizen sehingga hari ini. Lebih-lebih lagi apabila pihak polis mahu memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta tersebut untuk memberi keterangan.

Terbaharu, laman Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia memuat naik gambar-gambar menunjukkan ada beberapa kelab kereta jenama lain turut berhenti dan berkumpul di tepi jalan Lebuh Raya Temiang-Pantai untuk bergambar.

Hantaran tersebut telah menyebabkan orang ramai berkongsi pelbagai kritikan dan kecaman terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan yang sama seperti ahli kelab Civic FC yang tular baru-baru ini.

Menurut Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia, ada juga beberapa kelab kereta sudah mula memadam hantaran gambar semasa mereka berkumpul di Lebuh Raya Temiang-Pantai itu bagi mengelakkan ahli kumpulan mereka ‘dikenakan tindakan’ di kemudian hari.

Tambah netizen lagi, mereka meminta agar pihak berkuasa tempatan dapat memberikan penyelesaian tuntas kepada isu ini memandangkan kawasan Lebuh Raya Temiang-Pantai mula menjadi tumpuan dan dibanjiri orang ramai yang mahu berhenti mengambil gambar kecantikan panorama di kawasan tersebut.

Reaksi warga maya

SUMBER : FACEBOOK TENTERA TROLL KEBANGSAAN MALAYSIA/akupapnkekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.