Uncategorized

Ibu Tunggal 3 Anak Maut Digilis Lori, Bekas Suami Luah Rasa Sayu – ‘Saya Akan Jaga Zuriat Kita’

Pemergian insan tersayang terutamanya ahli keluarga dan kenalan rapat merupakan satu detik yang sangat perit dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Namun sebagai umat Islam, kita harus redha dan ikhlas dengan segala ketentuan-Nya.

Baru-baru ini, seorang wanita yang juga merupakan ibu tunggal disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Ibu tunggal maut digilis lori

Menurut sumber, mangsa yang dikenali dengan nama Wan Nurfarahin Binti Mohd Radzi terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuh raya Sungai Besi. Difahamkan, insiden tersebut berpunca apabila motosikal yang ditunggang mangsa dilanggar sebuah lori tiga tan. Mangsa yang merupakan ketua jururawat pergigian hospital swasta kemudian terjatuh sebelum digilis lori berkenaan. Pemandu lori terbabit bagaimanapun mendakwa tidak sedar telah melanggar dan menggilis mangsa.

Sementara di Facebook, rakan baik serta bekas suami mangsa meluahkan rasa sedih dengan pemergian arwah. Menurut rakan arwah yang dikenali dengan nama Puteri Putput, mengakui terkejut selepas menerima berita tersebut. Puteri menyifatkan arwah Wan Nurfarahin seorang rakan yang sangat baik dan sentiasa ada disisinya di saat susah dan senang.

‘Semoga awak tenang di sana’

 

Bercerita kembali kenangan bersama arwah, beberapa tahun lalu, Nurfarahin dikatakan sanggup menunggang motosikal walaupun tengah mengandung semata-mata mahu mengirimkan hadiah sempena hari lahir bayinya. Lebih menyedihkan apabila mengetahui mereka juga bercadang untuk berjumpa dan melepaskan rindu namun Allah SWT lebih menyayangi arwah Wan Nurfarahin Binti Mohd Radzi .

Kita memang jarang contact, last mesej Fa (arwah) minggu lepas tak silap. Put cakap dengan Fa jum lah jumpa, rindu. Fa balas rindu juga then tergantung macam tu je. Fa banyak menyepi.

Dalam pada itu, bekas suami arwah yang dikenali sebagai Muhammad Basyer Roslee turut mengucapkan salam takziah dan bersedih atas pemergian tersebut. Muhammad Basyer Roslee mengakui terlalu banyak kenangan bersama arwah yang tidak dapat dilupakannya. Dia juga berjanji akan menjaga tiga zuriat mereka dengan sebaik mungkin.

Saya akan jaga zuriat kita sebaik mungkin. Semoga awak tenang di sana. Saya maafkan awak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Banyak kenangan yang saya tak dapat huraikan. Mungkin ini dah ditakdirkan.

Tenang lah di sana.

Al-fatihah.

Difahamkan, jenazah arwah telah dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Cheras Perdana.

Rakan, bekas suami luah rasa sedih

Dah 8 tahun bekerja sebagai jururawat

Video

Sumber: Utusan Online, Puteri Putput, Muhammad Basyer Roslee, Drs. Wong Partners Dental Surgeons

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.