Viral

Belagak Sams3ng – Gagal potong barisan, ‘brader kopiah’ dikecam

Gara-gara kereta dipandunya gagal memotong barisan, seorang lelaki bertindak samseng apabila didakwa mengekori kenderaan pemandu yang tidak memberikannya laluan di lorong berkenaan.

Seorang pengguna laman Twitter, @vicenzolorenzo berkongsi rakaman dashcam memaparkan kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam itu cuba ‘menyelit’ masuk ketika kenderaan lain sedang menunggu lampu isyarat merah.

Bagaimanapun, mangsa terus memandu dan tidak memberi peluang tersebut lalu menyebabkan kereta lelaki itu terpaksa ke bahagian tepi sedikit sebelum berjaya memasuki laluan berkenaan.

Buang la kopiah tu, buat malu je!

Tidak berakhir di situ, lelaki tersebut kemudiannya mengekori mangsa yang ketika itu mahu menghantar rakannya pulang di sebuah kawasan perumahan sebelum mereka berjumpa ‘face to face’ antara satu sama lain.

Selepas memberhentikan keretanya, lelaki itu dilihat keluar tanpa pelitup muka selain berjalan dengan gaya lagak sam-seng sekali gus mendekati serta meminta penjelasan daripada mangsa.

Rakaman berdurasi dua minit 19 saat itu diulang kicau hampir 650 kali dan menerima pelbagai reaksi warganet mengecam tindakan ‘acah-acah’ sam-seng lelaki terbabit yang disifatkan memalukan apatah lagi dengan imej berkopiah.

Sendiri salah sendiri koyak!

Siap bawa keluar r0kok, terpaling sam-seng

Ahli PAS ke ni? Minta p0lis siasat

Kan dah mendapat!

Malah, ada juga individu menyemak saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdasarkan nombor plat kenderaan lelaki itu yang didakwa mempunyai jumlah sebanyak RM8,150.

Namun begitu, tiada maklumat lanjut dikongsi atau sebarang kenyataan polis berhubung kejadian terbabit.

Sumber: Twitter @vicenzolorenzo / Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.