Viral

Konon Nk Ajar Cara Pikat Awek Dgn Hanya Cakap ‘Sy Trader’, Tetapi Netizen Perasan Sesuatu Mengejutkan

Setiap kali melayari media sosial, tidak perlu dinafikan lagi kewujudan individu terlibat dalam dunia pelaburan dan bisnes.

Kehidupan nampak relaks tetapi serba mewah, apa rahsianya?

Terbaharu, seorang pengguna laman Twitter @IbuPeri__ memuat naik satu video daripada aplikasi TikTok.

Dia telah memaparkan seorang lelaki berkongsi tips bagaimana mahu mencari teman wanita dengan cara yang pantas.

Rakaman berdurasi 42 saat itu memaparkan pemilik video tersebut, @fawwazzfarid dipercayai keluar dari sebuah hotel.

Kemudian menegur seorang wanita yang sedang berdiri berdekatan lokasi berkenaan.

Selepas memperkenalkan diri sebagai ‘Trader’, lelaki tersebut terus bertanya sekiranya wanita itu mahu menjadi kekasihnya.

Sebaik sahaja mengetahui gerangan lelaki itu seorang ‘Trader’ yang pastinya ‘masyuk’ menjana pendapatan.

Wanita tersebut dilihat teruja dan meluru ke dalam kereta mewah selepas diajak masuk kenderaan itu.

Kalau kau susah, mesti perempuan tu ‘blah’

 

Takkan la ‘selera’ tahap ni je?

 

Trader ke driver (pemandu)?

Lakonan kejung tapi minta dijauhkan la

Meskipun hanya lakonan semata-mata, video dihasilkan pada bulan lalu itu tetap mengundang perhatian warganet bagi memberikan komen yang dikatakan ‘cringe’ selepas menonton babak berkenaan.

Tidak kurang terdapat juga segelintir netizen mengecam tindakan lelaki dan wanita itu yang disifatkan ‘murah’ dalam mencari pasangan hidup.

Apa-apa pun, jangan mudah terpengaruh dengan tawaran wang ringgit dan harta!

Semuanya terbukti tidak dapat menjamin kebahagiaan seseorang. Yang penting, terima seseorang itu atas rasa cinta.

Sumber: Twitter @IbuPeri__,lamanmaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.