Viral

[VIDEO] Gelandangan dik4sari, dit3ndang sampai terduduk

Sebuah video memaparkan seorang gelandangan dik4sari oleh seorang lelaki apabila dilihat seperti cuba menghalang individu tersebut daripada mengangkat kotak dan barangan yang diletakkan di laluan pejalan kaki.

Menerusi perkongsian oleh Jabatan Netizen Malaysia di laman Twitter, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Bukit Bintang.

Melihat pada rakaman yang disiarkan, lelaki itu bertindak men3ndang gelandangan tersebut sehingga terduduk menahan kes4kitan.

Sementara itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki tersebut yang dianggap kasar dan tidak berperikemanusiaan.

Komen Netizen

 

“Tahu la tengah jalankan tugas, mana sifat berperikemanusiaan dalam diri anda sampai buat orang seperti itu,” ciap Rhea Murasaki.

Selain itu, seorang pengguna lain turut berasa marah dengan individu tersebut dan berharap agar dia mendapat balasan atas tindakannya itu.

“Moga dia tua nanti, ada orang tendang dia macam itu, baru tahu rasa sakit,” ciap @Mrmhmrh.

“Siapa lelaki yang tendang pak cik ini. Tolong cari sampai dapat, teruk betul cara kau layan pak cik orang dan moga kau ditendang lebih teruk dari ini.

“Dia masih manusia yang sewajarnya menerima layanan yang baik dan sopan. Harap video ini sebagai bukti untuk beri kau hukuman,” ciap @sshss_syd.

sumber:kosmo online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.