Viral

Selepas Dimasukkan Ke IJN, Ini Kenyataan Dari Anak Tun Mahathir, Marina Mahathir Tentang Keadaan Terkini Ayah Dia

Pengamal media berkampung di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi mengikuti perkembangan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia susulan timbul dakwaan Dr. Mahathir kini berada di CCU dalam keadaan membimbangkan.

Bagaimanapun, IJN memaklumkam, satu kenyataan media dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas.

Marina Mahathir Beritahu Keadaan Terkini Tun Mahathir

"Tun Mahathir Stabil, Beri Respon Baik Kepada Rawatan Lanjutan" - Marina Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Menurut anaknya, Datin Paduka Marina, ayahnya sudah mula dirawat di IJN sejak dua hari lalu untuk menjalani rawatan lanjutan prosedur berkenaan yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lalu.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut,” jelasnya.

“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” kata Marina.

Turut berkongsi perkembangan terkini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di media sosial beliau.

(UPDATE TERKINI) Tun M dirawat CCU, IJN

PENGAMAL media berkumpul di hadapan IJN bagi mengikuti perkembangan terkini kesihatan Dr. Mahathir Mohamad yang kini dirawat di CCU.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir Mohamad disahkan berada dalam Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan jurucakap bekas Perdana Menteri itu, hari ini.

“Ya, beliau dalam CCU,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang timbul berhubung perkembangan ahli Parlimen Langkawi itu.

Pengamal media masih lagi menanti di pekarangan IJN di sini sejak pukul 1 petang tadi bagi mengikuti perkembangan ahli Parlimen Langkawi itu.

Ia susulan timbul dakwaan Dr Mahathir berada dalam keadaan membimbangkan.

Difahamkan, satu kenyataan media dijangka dikeluarkan IJN dalam masa terdekat.

Sumber : GEMPAK / Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.