Viral

Tndakan Lelaki Ini Mengamvk Kereta Kena Clamp Undang Pertikaian Netizen

Sebahagian pemilik airbnb/homestay menyediakan tempat parkir khas untuk setiap penyewa yang datang menginap di rumah mereka. Itu merupakan salah satu nilai tambah untuk menarik lebih ramai penyewa datang ke tempat tinggal mereka.

Tular satu rakaman video berdurasi satu minit di mana seorang pemilik SUV Mazda cuba menggerakkan keretanya walaupun pengawal keselamatan telah clamp tayar kereta tersebut.

Sejurus lelaki itu keluar daripada keretanya, dia terus melepaskan kemarahan kepada pengawal keselamatan yang merakam kejadian terbabit dengan mendakwa dia sedang terburu-buru mahu pergi ke hospital kerana ada kecemasan.

 

Pada masa dia mengaku bersalah kerana meletakkan kenderaan di situ dan menegaskan sanggup meninggalkan kad pengenalan dan kunci rumah bagi membolehkan clamp pada keretanya dibuka.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan itu menyatakan dia hanya akan membuka clamptersebut sekiranya lelaki terbabit membayar denda sebanyak RM100 seperti yang ditetapkan oleh pengurusan kawasan perumahan itu.

Hantaran video itu telah meraih pertikaian oleh netizen, ada yang menyatakan jika lelaki tersebut bertenang dan berbincang dengan baik, mungkin pengawal keselamatan akan membuka clamptersebut tanpa sebarang masalah.

Pada masa sama, ada yang memihak kepada lelaki terbabit setelah dia mendakwa sedang dalam kecemasan sehingga sanggup meninggalkan kad pengenalan dan kunci rumah untuk pergi ke hospital.

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @HEYYYITSME911

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @HEYYYITSME911

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @HEYYYITSME911

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @HEYYYITSME911

Menurut individu yang memuat naik video ini, lelaki tersebut merupakan penyewa homestay dan telah meletakkan keretanya di parkir penduduk kawasan perumahan tersebut selama lebih 2 hari, serta tidak meletakkan nombor telefon bagi memudahkan orang lain menghubungi lelakinya.

Tambahnya lagi, homestay yang didiami oleh lelaki itu mempunyai lot parkir sendiri, namun lelaki terbabit tetap berkeras mahu meletakkan keretanya di tempat parkir penduduk kerana berhampiran dengan lif. Jadi sebab itulah kenderaannya kena clamp dengan pihak pengawal keselamatan.

Sumber:thevocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *