Viral

Shuib nafi bercinta dengan Vida – “Tak mungkin, kami tak sepadan..”

Selepas mengakui sedang mengenali hati budi seseorang, pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida bukan individu yang dimaksudkan.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama Shahmira Muhamad itu berkata, namun dia tetap selesa berkawan dengan Vida atas urusan bisnes yang dijayakan sejak arwah isterinya Siti Sarah masih ada.

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan. 
“Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.
“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” katanya.

Tambah usahawan bisnes minuman Bubble Bee itu, siapapun gerangan individu yang menjadi jodohnya nanti haruslah dipersetujui oleh ahli keluarga dan anak-anaknya.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya. 
“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan bapa tunggal kepada empat orang anak itu selain memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

Sumber: Harian Metro, Instagram, Omm

 

Shuib ada kenal orang baru

Sejak kebelakangan ini, heboh diperkatakan di laman sosial berkaitan luahan pelawak terkenal, Shuib yang berkata pintu hatinya terbuka untuk mencari pengganti selepas pemrgian arwah isterinya, Siti Sarah.

Malah kenyataan Shuib itu turut didorong oleh ibunya yang memberi lampu hijau kepada Shuib untuk mencari ‘ibu’ kepada 4 orang anaknya.

Shuib yang nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, turut mengaku sedang berkawan dengan ‘seseorang’, namun menurutnya, hubungan itu masih terlalu awal dan diperingkat berkenalan.

” Ada kenal orang baharu, hanya berkawan dahulu buat masa sekarang”

” Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah.

” Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” katanya.

Nama Siti Nordiana kena ‘petik’

Menariknya, entah kenapa, tiba-tiba nama penyanyi Siti Nordiana atau Nana pula yang menjadi sebutan, dikatakan sangat sesuai untuk menjadi isteri Shuib.

Semuanya gara-gara sebuah rakaman seorang pereka fesyen yang menunjukkan Nana datang untuk menempah busana dengannya dan sempat berseloroh, adakah baju itu gaun untuk pengantin.

Melihat sahaja rakaman itu di TikT0k, wargamya terus membuat andaian mereka sendiri.

” Siti Nordiana…calon yg baik untuk Shuib….Insyaallah..” – tulis Matnip

” Dengan Shuib ke?” soal seorang ntizen.

” Macam sesuai dengan Shuib,” komen seorang pengguna TikTok yang memberi bayangan seperti bersetuju dengan padanan Shuib bersama Nana.

Sementara itu Shuib menjelaskan beliau tidak perlu mengambil kira pandangan orang lain selain ibu dan keluarganya sahaja.

” Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria-ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh.

” Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depr3si siapa yang hendak tanggung? Jadi, saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak pendapat orang.

” Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya yang ada dengan saya bukan ntizen, tetapi keluarga saya.

” Jika saya mnangis dan tert0nggeng di rumah tidak ada ntizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak.

” Oleh sebab itu, saya hanya mahu fokus pada kehidupan saya sahaja,” kata Shuib.

Ramai wanita hantar mesej

Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi ramai wanita yang menghantar mesej untuk berkenalan menerusi laman sosial, dia bagaimanapun mengambil langkah untuk tidak mengambil serius perkara tersebut.

” Ibu setiap hari tanya, ada ke kawan yang boleh saya bawa berjumpa dengannya. Ramailah wanita yang menghantar mesej menerusi laman sosial bertanya khabar, tetapi saya takut.

” Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak.

” Kalau saya saja yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” akhiri Shuib.

Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggI dnia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dij4ngkiti virvs COVlD-l9.

Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Sumber:hm3tr0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.