Viral

“Apa La Sangat Tarian Tu, Bukan Melampau Pun,” – Isu Tarian ‘Lentik’ Penari Wajah Mirip AC Mizal Tular, Penganjur ‘Backup’, Minta Henti Kec4man

Viral penari wajah mirip AC Mizal, penganjur dikecam anjur majlis maksiat 

SELEPAS tular tarian lentik seorang penari lelaki yang dikatakan mirip pengacara Datuk AC Mizal, tidak semena-mena penganjur majlis berkenaan turut menerima kecaman.

Ini kerana tindakan penganjur mengundang penari dengan tarian terkinja-kinja sedemikian dilihat kurang sesuai dan tidak sensitif dengan norma masyarakat Malaysia.

Menjawab kritikan netizen itu, pengasas produk kecantikan Bleu iaitu Ikmal Lee menjelaskan tarian yang dilakukan oleh penari tersebut hanya bertujuan untuk menghiburkan tetamu semata-mata.

 

“Selepas video penari lelaki itu tular, tak fasal-fasal saya pun dikecam netizen kerana mengundang penari membuat persembahan dalam majlis itu. Ada yang kata saya tak sensitif, bawa penari lembut berperwatakan perempuan.

“Saya pun pelik disebabkan rakaman pendek persembahan itu orang terus tuduh macam-macam, sampai ada yang kata anjur majlis maksiat ketika negara berdepan pelbagai ujian.

Penari iringi nyanyian Ayu Damit.

“Saya nak jelaskan penari yang saya jemput buat persembahan itu ialah penari profesional. Semasa itu mereka menjadi penari untuk lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga jadi memang sesuailah dengan rentak lagu.

“Takkan lagu rancak nak menari tradisional pula. Tak sesuai la kan?” katanya kepada mStar.

Difahamkan penari membuat persembahan berkenaan ketika majlis pelancaran produk terbaharu jenama berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Niat saya hanya nak hiburkan tetamu. Lagi pun kita ikut tema European style, jadi suka hati kamilah nak buat show macam mana pun!

IKMAL LEE

PENGANJUR

Penari tersebut diundang mengiringi persembahan nyanyian penyanyi Ayu Damit.

Sebelum ini tular rakaman video seorang penari lelaki dikatakan mirip pengacara AC Mizal membuat persembahan dengan tarian lentik dalam satu majlis.

Selain dianggap lucu, segelintir netizen menyelar tindakan penganjur membawa penari menghiburkan tetamu dengan persembahan kurang sesuai untuk tontonan umum.

Penganjur menghiburkan tetamu dengan persembahan nyanyian dan tarian.

Dalam pada itu, usahawan muda berusia 26 tahun ini memohon orang ramai menghentikan kecaman terhadapnya dan penari berkenaan.

“Sejujurnya masa awal-awal tengok video itu saya pun terhibur sebab orang samakan penari dengan Datuk AC, cuma yang tak best bila kami sebagai penganjur pula dikecam dan dituduh bukan-bukan hanya kerana rakaman video beberapa saat itu.

“Niat saya hanya nak hiburkan tetamu. Lagi pun kita ikut tema European style, jadi suka hati kamilah nak buat show macam mana pun sebab kami bayar mahal.

“Jadi saya rasa cukup-cukuplah kecam… apa la sangat tarian tu! Bukan melampau pun, hanya tarian biasa,” ujarnya.

“Ini Bukan Saya, Lentik Saya Lain, Saya Tak Shave Tiak” – Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Ramai Usik Datuk AC Ada kembar

Sejak semalam, video seorang penari yang mengiringi nyanyian  Ayu Damit tular di media sosial.

Ia apabila videonya sedang membuat persembahan telah dirakam dan dimuat naik ke aplikasi TikTok milik @daruslantak.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Apa yang membuatkan ramai ‘terkasima’ adalah wajahnya yang seiras dengan pengacara terkenal Tanah Air, Dato’ AC Mizan.

Hal tersebut membuatkan ramai terhibur dan meninggalkan komen-komen lucu di ruangan TikTok berkenaan.

 

Ini kerana merasakan penari itu dan Dato’ AC benar-benar mirip.

Sedar akan namanya ‘dipetik’ netizen dan video terbabit juga sedang tular, pengaca program Maharajalawak Mega itu telah memberi respon yang sempoi di ruangan Instagramnya.

Dia juga mengakui yang wajahnya mirip sekali dengan penari berkenaan walaupun menafikan individu tersebut merupakan dia.

Namun, Dato’ AC secara berseloroh telah memaklumkan yang ‘rahsianya’ sudah terbongkar apabila video tersebut tular.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen.

Mereka sama-sama bergurau dengan pengacara berkenaan berkaitan video penari itu.

Mereka juga dilihat tetap mempertahankan kenyataan yang penari tersebut memang Dato’ AC dan turut dibalas oleh selebriti berkenaan.

Video :

Sumber: TikTok @daruslantak,

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.