Viral

Teruk dikecam, AJK masjid dedah 3 sebab mandikan pemuda seperti j3nazah

Isu remaja yang ditahan dan dipenjarakan atas tuduhan cuba mencvri tabung masjid nampaknya sudah masuk episod seterusnya.

Kali ini, penjelasan daripada datuk serta Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Islahiah, Kuang pula membuatkan ramai pihak kembali memperdebatkan semula isu tersebut.

AJK masjid dedah 3 alasan kukuh

Menerusi laporan dari Malaysia Gazette, AJK Masjid, Mohamad Ayub Han Khalil  telah menjelaskan hal sebenar kronologi ketika remaja berusia 19 tahun itu ditangkap selepas cuba mencvri tabung masjid.

Menurut Ayub, jemaah masjid memandikan remaja berkenaan seperti jenazah disebabkan tiga alasan kukuh. Yang pertama adalah bertujuan untuk memberi ‘kesegaran’ kepadanya susulan didapati berada dalam keadaan khayal dan lalok ketika ditahan.

Selain itu, mereka juga ingin memberikan pengajaran kepadanya supaya sedar bahawa tindakan mencvri tabung masjid adalah suatu perkara yang salah.

Tindakan tersebut dilakukan agar tidak ada sebarang ‘musibah’ yang lebih teruk berlaku jika pemuda berkenaan tidak ‘disimpan’ di dalam bilik mandi jenazah.

Terdahulu, datuk kepada Daniel Iskandar iaitu remaja yang didapati bersalah cuba mencvri tabung masjid telah mengakui bahawa dia yang meminta pihak masjid untuk melaporkan cucunya kepada pihak p0lis atas alasan mengajar pemuda tersebut.

Dia juga menafikan dakwaan remaja itu yang mencvri tabung masjid untuk tujuan membeli ubat kencing manisnya kerana warga emas berkenaan mendapat zakat RM400 setiap bulan.

Sumber: YouTube Malaysia Gazette, InstagramMalaysia Gazette

 

 

Ramai yg Kesian, Tapi 1-1 Kant0i Bila Org Kampung Dedahkan yg Budak ni Memang Selalu Mencvri

Kes seorang remaja berusia 19 tahun tular kerana dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid tempoh hari kerana cuba mencvri tabung masjid telah tular di media sosial.

Remaja tersebut juga telah diserahkan kepada polis dan sudah mendapat hvkuman apabila pihak mahkamah majistret menjatuhkan hvkuman pnjara 10 hari dengan denda RM4,000.

Melalui laporan berita sebelum ini, peguam yang mewakili remaja berkenaan memaklumkan yang tertuduh merupakan anak sulung.

Dan dia mencvri tabung masjid bagi tujuan membeli ubat untuk datuknya yang sedang sakit.

Melalui kenyataan tersebut ramai yang berasa kasihan dan ada juga yang telah membuka tabung sumbangan.

Ianya untuk membayar d3nda remaja itu serta membantu keluarganya yang dikatakan hidup susah.

“Pengajaran…..

Seorang remaja berusia 19 tahun yang videonya tular di media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’.

Ia akibat cuba mencvri tabung masjid, hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.”

https://twitter.com/bernamadotcom/status/1481534195877167107?s=20

Walau bagaimanapun, sejak berita remaja berkenaan tular di media sosial, ramai yang telah meninggalkan pelbagai komen mengulas mengenai penngkapan remaja tersebut.

boleh memohon untuk mendapatkan kembali

Apa yang mengejutkan ada beberapa pihak meninggalkan komen dengan menyangkal kenyataan bahawa remaja itu membeli ubat untuk datuknya kerana dia sememagnya bermasalah.

Dakwaan tersebut diperoleh daripada komen-komen yang ditulis di ruangan portal berita setelah kisah remaja berkenaan tular.

Komen dari satu akaun Facebook menggunakan nama Tik Masak telah tular setelah di menceritakan perihal sebenar dari side imam masjid berkenaan.

 

Manakala, ramai orang kampung juga menyuarakan pendapat yang sama.

 

  

Sedar komennya sedang hangat menjadi perbincangan di media sosial, Tik Masak telah tampil menjelaskan perkara sebenar penulisannya yang viral di ruangan komen beberapa portal media.

Menurutnya, remaja tersebut dikatakan telah menjual cerita tentang membeli ubat datuknya yang sakit

Hakikat sebenar ialah dia merupakan penagih d4dah jenis syabv dan pernah cuba meny3rang datuknya denganparang.

Senang kata remaja tersebut memang sudah bermasalah.

Tik Masak yang juga merupakan rakan kepada anak tok imam tersebut menyatakan fakta yang di perkatakan di mahkamah kurang tepat.

Ini kerana penduduk sekitar kawasa tersebut kenal dengan remaja bermasalah itu.

Bercakap mengenai rakaman video pula, tok imam yang teruk dihentam netizen itu sama sekali tidak menyuruh sesiapa rakam.

Dan mereka hanya memandikan dengan kapur barus sebagai pengajaran.

Remaja itu juga bernasib baik kerana tok imam tidak membenarkan orang ramai membelasahnya dan terus diserahkan kepada pihak polis setelah dimandikan.

Tak hanya itu, disebabkan kecaman netizen, imam masjid tersebut juga sudah melepaskan jawatan.

Dalam kenyataan Tik Masak lagi, dia sedikit berasa kasihan dengan sesetengah pihak yang terus membuka tabung sumbangan untuk membayar denda remaja tersebut.

Walau bagaimanapun dia turut lega kerana berkemungkinan dari duit sumbangan itu remaja terbabit sudah tidak perlu mencvri lagi kerana sudah mendapat duit yang banyak.

Jadi, di akhir penulisan panjang lebar pengguna Facebook itu, dia berharap orang ramai berhenti menfit-nah imam berkenaan.

Ini kerana pihak imam tersebut sedang berbincang untuk mengambil tindakan undang-udang.

Terdahulu, video remaja tersebut dimandikan seperti jenazah tular di media sosial kerana tindakannya cuba mencvri tabung masjid.

Apa yang menjadi perdebatan ramai adalah rakaman imam masjid yang dikatakan bertindak kasar sewaktu memandikan tertuduh dan sengaja mengaibkan remaja itu.

Sumber: Facbook Tik Masak, Twitter @jllmisai, kredit foto Bernama Nur Aimidiyana Zuher

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *